Quantcast
Channel: Nota Mengajar Belajar
Viewing all 152 articles
Browse latest View live

Cara Yang Betul Beristighfar Oleh Mufti Kedah Sheikh Baderuddin Hj Ahmad

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ini sudah masuk fasa hujung bulan Syaaban. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan.


Kalau dalam bulan Rejab dan Syaaban, Rasulullah SAW menggalakkan kita menambahkan amalan ibadat, apatah lagi bulan Ramadhan.


Salah satu amalan yang amat dituntut adalah beristighfar.


Kenapa perlunya beristighfar? Nak tahu jawapan ada di bawah nanti.


Tapi, yang terlebih utama adalah kita betulkan cara beristighfar dahulu.

Mufti Kedah Sheikh Baderuddin Hj Ahmad

Cara Yang Betul Beristighfar Oleh Mufti Kedah





Menurut Sheikh , kita boleh beristighfar dengan cara:


1. Baca tanpa waqaf

Astaghfirullahal'azim Allazi Lailahaillahuawal Hayyul Qayyum Waatu Builaih

2. Baca dengan waqaf

Astaghfirullahal'azim ,
Allazi Lailahaillahuawal Hayyul Qayyum ,
Waatu Builaih

Kelebihan Beristighfar



Di antara sebab terpenting diturunkanNya rezeki ialah istighfar (memohon keampunan dari Allah) dan taubat kepada Allah.


Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud :

“ Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.”
(H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana firman Allah bermaksud,


 “Mohonlah ampun kepada Tuhan mu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.”
(Nuh: 10) 

Dalam Al-Quran, terdapat nas yang menunjukkan bahawa dengan istighfar dan bertaubat kepada Allah, termasuk diantara sebab-sebab diturunkan rezeki dan dikurniakan rahmat Allah.

Dalam Al-Quran terdapat petikan kata-kata Nabi Nuh kepada kaumnya:

“Maka aku katakan kepada mereka. ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.”
(Nuh: 10-12) 


Maka selalulah beristighfar dan bertaubat kerana ini merupakan antara sebab murahnya rezeki kita, berkatnya harta kita dan makbulnya doa doa kita kerana kita telah meminta ampun dari Allah dan InsyaAllah, Allah yang sifatnya Maha Pemurah akan mengurniakan permintaan dan memakbulkan doa kita kita. Janganlah jemu-jemu beristighfar.


Ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah beristighfar sebanyak sekurang-kurangnya 70 kali sehari.

Maksudnya : “Bersabda Nabi s.a.w. : “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Aisyah berkata, “Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”
(HR.Bukhari). 

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mengamalkan istighfar akan mendapat keuntungan kerana، besarnya kelebihan yang terdapat dalam lafaz istighfar.


Keuntungan ini merupakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan mereka kepadaNya


Dapatkan panduan lengkap dan berkesan untuk meraih rezeki --->>> 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah

Ustaz Syed Kata Persiapan Bulan Ramadhan Yang Utama Adalah Beli Baju Raya

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

  للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan.


Oleh yang sedemikian, persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan al mubarak memang penting.


Biarpun hal ini diulang-ulang setiap tahun tapi ia tidak rugi pun. Bak kata orang putih

Repetition is mother of knowledge

Mudah-mudahan dengan persediaan yang kita buat untuk menghadapi ramadhan.


Baik.


Cuba baca tajuk post ini sekali lagi.
Ustaz Syed Norhisyam
Ustaz Syed Norhisyam


Ustaz Syed Kata Persiapan Bulan Ramadhan Yang Utama Beli Baju Raya


Ya.


Inilah persiapan yang disarankan oleh Ustaz Syed Norhisyam  Al-Idrus sebelum masuk bulan Ramadhan.


Beli baju raya dahulu.


Ini bukan senda gurauan. Tetapi ia adalah amalan terpuji.


Meskipun ramai orang akan kata apalah kamu ni, belum puasa sudah ingat baju raya.


Biarlah mereka nak kata apa.


Tujuan asal Ustaz Syed Norhisyam adalah supaya kita pandai mengurus masa. 


Bila masuk bulan Ramadhan, tidak lah amalan ibadah kita terngganggu dengan kesibukan membeli-belah.


Tambahan lagi, di penghujung bulan Ramadhan.


Rugilah kita kalau ganjaran pahala yang besar yang ditawarkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan disia-siakan dengan membeli baju raya.


Persiapan Lain



Pesiapan lain yang perlu kita ambil perhatian adalah ilmu. 


Maklumlah, puasa Ramadhan hanya sekali setahun. 


Mungkin ada yang terlupa dari segi syarat sah, batal, perkara yang diharamkan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan puasa.


Berkaitan dengan tajuk di atas, saya amat cadangkan anda melihat sendiri isi kandungannya menerusi video di bawah ini.



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Jangan lupa dapatkn panduan 111 Formula Tarik Rezeki Melimpah.

Buku Basic Calculation For DC Electrical Circuit Sudah Terbit

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan sebuah buku kecil yang berjudul Basic Calculation For DC Electrical Circuit.


Buku ini ditulis oleh tiga orang pensyarah Politeknik Seberang Perai dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. 


Terdapat 6 sub topik yang menyentuh perkara-perkara asas dalam pengiraan litar elektrik. Di dalamnya juga terdapat nota ringkas, contoh soalan bersama jawapan dan soalan latihan.


Ia amat membantu pelajar dan pensyarah untuk mempelajari analisis litar elektrik jenis arus terus.


Anda boleh merujuk isi kandungan buku di bawah ini.


Contents

Acknowledgments   
Preface             
Introduction   
Chapter 1: Ohm's Law   
Express Note   
Example   
Practice Problem   
Chapter 2: Kirchhoff’s Voltage Law (KVL)   
Express Note   
Example   
Practice Problem   
Chapter 3: Kirchhoff’s Current Law (KCL)   
Express Note   
Example   
Practice Problem   
Chapter 4: Series Circuit   
Express Note   
Example   
Practice Problem   
Chapter 5: Parallel Circuit   
Express Note   
Example   
Practice Problem   
Chapter 6: Series Parallel Circuit   
Express Note   
Example   
Practice Problem   
Solutions of Practice Problem   
Bibliography   

Beberapa screen short tentang buku ini adalah seperti di bawah ini dan kepada anda yang berminat untuk membeli buku ini boleh hubungi saya Faizal (012-4603666) di Politeknik Seberang Perai.

Harganya RM5 sahaja tidak termasuk harga pos.

Basic Calculation For DC Electrical Circuit
Cover buku Basic Calculation For DC Electrical Circuit

Basic Calculation For DC Electrical Circuit
No ISBN Basic Calculation For DC Electrical Circuit

Basic Calculation For DC Electrical Circuit
Introduction Basic Calculation For DC Electrical Circuit

Basic Calculation For DC Electrical Circuit
Contoh Nota Basic Calculation For DC Electrical Circuit

Contoh soalan latihan Basic Calculation For DC Electrical Circuit

Semoga buku ini memberi manfaat kepada pelajar dan pengajar untuk subjek elektrik. Ia mudah, padat dan ringkas.


Kalau berminat boleh hubungi saya Faizal 0124603666.

Jangan Biar Masa Berjalan Dengan Begitu Sahaja

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Lama sungguh saya tidak kemaskini blog ini.


Oleha kerana banyak benda yang hendak fikir, saya terpaksa pilih yang mana utama dan penting untuk buat dulu.


Kalau dahulu, menulis entri dalam blog mungkin perkara yang tersenarai dalam top 5 dalam kepala saya.


Namun kini, saya tidak tahu menulis di blog jadi ranking ke berapa dalam senarai perkara yang saya hendak buat setiap hari.


Hari ini, entah macamana, saya jari jemari saya gatal hendak menaip sesuatu dalam blog ini. Betullah kata guru, hidup kita bukan diri yang mengatur tapi diri kita diatur oleh NYA.


Dan percaturan hidup kita hari-hari adalah yang terbaik untuk kita. Ia juga tanda kasih sayangNYA.


Baiklah, apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan dalam entri ini?


Kalau tengok tajuk di atas tu saya pun tidak pasti sesuai atau tidak dengan entri yang saya tulis hari ini.

Jangan buang masa baca buku tarik rezeki
Jangan buang masa baca buku tarik rezeki

Tetapi, saya nak ingatkan diri dan anda semua supaya jangan biarkan masa berjalan dengan begitu sahaja.


Kita boleh isi masa yang terluang dengan banyak perkara.


Anda sendiri maklum bahawa "Masa itukan pokok".


Eh, kenapa pokok? Saya pun pelik juga kenapa pelawak terkenal namanya Zizan mengatakan masa umpama pokok.


Bila ditanya, dia jawab. Pokok adalah kejadian Tuhan yang hebat di mana pokok boleh menyedut air dari dalam tanah dan menjadikan pokok itu tumbuh membesar.


Kalau kita tebang pokok, maka tidak boleh diganti lagi seperti juga masa. Bila kita biarkan masa terbuang dengan begitu sahaja, kita tidak boleh ganti lagi.

Jangan buang masa baca buku tarik rezeki
Jangan buang masa baca buku tarik rezeki

Panjang pula saya membebel hari ini.


Baiklah. Berbalik kepada tajuk di atas sebenarnya, saya ingin mengajak anda semua membaca sebuah buku.


Jangan biar masa berjalan begitu sahaja tanpa buat apa-apa. Kalau ada masa terluang lebih baik baca buku atau buat perkara-perkara baik yang lain.


Buku tu tajuknya 111 Formula Jemput Rezeki. Buku ini saya baca masa awal-awal keluarannya yang bertajuk 70 Formula Jemput Rezeki.


Oleh kerana permintaan buku ini memang memberangsangkan, jadi penulis asalnya membuat berkali-kali inovasi untuk meningkatkan kualitinya.


Jualan buku ini memang hebat. Saya sendiri tak dapat nak bayang sebab penulisnya boleh dapat puluhan ribu ringgit dengan hanya menjual sebuah buku yang berjudul 111 Formula Jemput Rezeki.

Jangan buang masa baca buku tarik rezeki
Jangan buang masa baca buku tarik rezeki

Antara isi kandungan buku ini adalah seperti di bawah ini.


1. PUNCA SEMPIT REZEKI YANG TIDAK DISEDARI.

Anda akan didedahkan dengan sekecil-kecil Punca yang menyebabkan rezeki tak mahu masuk.
Terdapat 22 Formula Tarik Rezeki yang dikongsikan dalam Modul ini seperti yang berikut:

FORMULA 0: SIFAR HUTANG

FORMULA 1: KEIKHLASAN HATI

FORMULA 2: HUTANG DAN RIBA PENYEBAB REZEKI BOCOR

FORMULA 3: THE POWER OF SYUKUR

FORMULA 4: HUBUNGAN ADIK-BERADIK RETAK

FORMULA 5: MASALAH MEREKA YANG BERSEDEKAH 

FORMULA 6: MUNAFIK PENGHALANG REZEKI

FORMULA 7: JIWA RASA KOSONG

FORMULA 8: UNTUNG YANG MEMBINASAKAN

FORMULA 9: BERKAT BERPAGI-PAGI

FORMULA 10: BAHANA MENEGUR DENGAN TIDAK BETUL

FORMULA 11: PERHATIKAN KEHIDUPAN

FORMULA 12: PENAWAR SAKIT

FORMULA 13: TERSENTAK! GAGAL BERNIAGA

FORMULA 14: ADAB MENEGUR

FORMULA 15: DUIT TAK CUKUP. KENAPA YA?

FORMULA 16: JUDI TANPA SEDAR

FORMULA 17: FOKUS URUSAN AKHIRAT

FORMULA 18: HIDUP BERSANDARKAN SIAPA?

FORMULA 19: SENTAPAN HATI

FORMULA 20: BUAT SESUATU KERANA ALLAH

FORMULA 21: HUKUMAN PALING BERAT

FORMULA 22: SEMPURNAKAN AMANAH



2. TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BERKESAN
Kadang anda rasa usaha anda sudah dibuat maksimum namun rezeki makin jauh seperti kemarau yang panjang.

Mengapa agaknya jadi begitu?

Ketahui sebabnya melalui 23 formula dalam modul 2 ini.

FORMULA 23 : SOLAT TAUBAT PEMBUKA PINTU LANGIT

FORMULA 24: DHUHA PENARIK REZEKI

FORMULA 25: TAKUT HABIS

FORMULA 26: CARA BERKOMUNIKASI YANG BETUL

FORMULA 27: DI MANA TERLETAKNYA DOSA?

FORMULA 28: ZURIAT DAN SIHIR

FORMULA 29: SUKA BERSANGKA-SANGKA

FORMULA 30: WUDUK ZAHIR DAN BATIN

FORMULA 31: MEMBERI ITU LEBIH BAIK  DARIPADA MENERIMA

FORMULA 32: UCAPAN PALING DISUKAI OLEH ALLAH

FORMULA 33: CERITA POKOK DAN MANCIS

FORMULA 34: FOTOSTAT YANG DILARANG

FORMULA 35: KERJA VS IBADAH

FORMULA 36: THE POWER OF SABAR

FORMULA 37: BUAT BISNESS KERANA DUIT?

FORMULA 38: DOA PERMUDAHKAN URUSAN

FORMULA 39 : MALU APABILA MELAKUKAN KESALAHAN?

FORMULA 40: HIDAYAH ITU REZEKI

FORMULA 41: KEHEBATAN ZIKIR AL-WAHHAB

FORMULA 42 : ALLAH TEMPAT BERGANTUNG

FORMULA 43 : MANUSIA YANG MUFLIS DI AKHIRAT

FORMULA 44 : CARA MEMBUANG RIAK

FORMULA 45 : PENDENGAR YANG BAIK

FORMULA 46 : 26 MASALAH DAN JAWAPAN



3. TIPS REZEKI PANTAS, BERSIH KOLAM JIWA

Sebenarnya ada teknik untuk mudahkan rezeki sampai kepada anda. Cuma adakah anda dah tahu? Atau anda dah tahu,
namun adakah anda buat atau pun tidak?
Formulanya tersenarai seperti berikut:

FORMULA 47: THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET

FORMULA 48 : RAHSIA SEORANG JUTAWAN

FORMULA 49: THE POWER OF GRATITUDE

FORMULA 50: FOKUS PENYELESAIAN

FORMULA 51: BERHENTI BERSEDIH

FORMULA 52: BAGAIMANA BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT

FORMULA 53: NAK HAJAT MAKBUL SEGERA?

FORMULA 54: REZEKI YANG DITAKDIRKAN

FORMULA 55: JANGAN MENUNDA SOLAT

FORMULA 56 : SIFAT AHLI SYURGA VS SIFAT AHLI NERAKA

FORMULA 57: JUTAWAN CHICKEN CHOP

FORMULA 58: HIDUP TAK BETUL

FORMULA 59: KISAH SEBUAH KELUARGA AHLULLAH 

FORMULA 60:SPEKTRUM DI SYURGA

FORMULA 61:TANDA ORANG-ORANG YANG SOMBONG

FORMULA 62:REDHA ALLAH

FORMULA  63:BERSANGKA BAIK

FORMULA 64:MATLAMAT ILMU

FORMULA 65: HARGAI-MENGHARGAI

FORMULA 66:JANGAN MINTA “PERCUMA”

FORMULA 67: BANGKIT DARI KEGAGALAN

FORMULA 68:TETAMU TAK DIUNDANG

FORMULA 69 : MISKIN ATAU KAYA ITU PILIHAN

FORMULA 70 : TEMPAT ASAL KITA

RINGKASAN FORMULA REZEKI MELIMPAH-LIMPAH



4. BONUS REZEKI
Ada 9 BONUS dikongsikan pada bahagian ini. 9 bonus menarik ini adalah RAHSIA. Dah nama pun bonus kan, kenalah rahsia. Ki ki ki. Nanti tak surprise kata omputih.


5. PELENGKAP REZEKI
Modul yang terakhir ini berkaitan dengan hati, hidup
dan rezeki. Tentang bagaimana anda akan dapat jadikan rezeki auto masuk, syok, sentiasa sahaja ada dan mencukupi? Jawapannya ada dalam modul 5 yang mengandungi 40 FORMULA kesemuanya.

KISAH SUSAH PAYAH MENYIAPKAN NASKAH FTR

FORMULA PELENGKAP 1 : SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI

FORMULA PELENGKAP 2 : NIAT ITU PENENTU REZEKI

FORMULA PELENGKAP 3 : DAPAT KECICIRAN,  ADA KEHABISAN

FORMULA PELENGKAP 4 : AKU DAN MAJIKAN

FORMULA PELENGKAP 5 : HATI YANG TENANG ITU  ASAS REZEKI

FORMULA PELENGKAP 6 : FIKIR ITU DOA  YANG MENARIK REZEKI

FORMULA PELENGKAP 7 : ALLAH NO. 1

FORMULA PELENGKAP 8 : ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA

FORMULA PELENGKAP 9 : ZUHUD ITU PADA HATI

FORMULA PELENGKAP 10 : KENAPA TAKUT

FORMULA PELENGKAP 11: MISKIN TAPI DUA KALI RIAK

FORMULA PELENGKAP 12 : KUASA FOKUS JALAN KEJAYAAN

FORMULA PELENGKAP 13 : KEDEKUT ITU KEMUSNAHAN 

FORMULA PELENGKAP 14 : EMOSI NEGATIF BAHAYA KESIHATAN

FORMULA PELENGKAP 15 : BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH

FORMULA PELENGKAP 16 : REZEKI TERSEKAT  KERANA SAMBAL BELACAN

FORMULA PELENGKAP 17 : JANGAN TOLAK REZEKI

FORMULA PELENGKAP 18 : UCAPAN YANG BAHAYA

FORMULA PELENGKAP 19 : ILMU TAK KENAL USIA

FORMULA PELENGKAP 20 : KEBURUKAN TAGGING IKLAN BISNESS

FORMULA PELENGKAP 21 : BERDOA TAPI TAK USAHA

FORMULA PELENGKAP 22 : AMALAN CARIK-CARIK

FORMULA PELENGKAP 23 : MEMUJUK REZEKI BERNIAGA

FORMULA PELENGKAP 24 : BERDIRI KETIKA  ORANG LAIN SEDANG BARING

FORMULA PELENGKAP 25 : RINGANKAN OTAK URUS HIDUP

FORMULA PELENGKAP 26 : “AWAL” DAN “TEPAT”

FORMULA PELENGKAP 27 : DAH TANYA KERAMAT HIDUP?

FORMULA PELENGKAP 28 : HATI PERLUKAN MAKANAN

FORMULA PELENGKAP 29 : KENAPA TAK MAKBUL “DOA”

FORMULA PELENGKAP 30 : KENAPA FORMULA “TARIK” REZEKI?

FORMULA PELENGKAP 31 : IBU BAPA YANG SUKA NAK MARAH-MARAH

FORMULA PELENGKAP 32 : ADALAH DIRI KITA SENDIRI

FORMULA PELENGKAP 33 : MEMINTA ITU  MENYEMPITKAN REZEKI

FORMULA PELENGKAP 34 : PERKAITAN KEPAKARAN DAN DUIT

FORMULA PELENGKAP 35 : MASA DENGAN ALLAH 

FORMULA PELENGKAP 36 : BAGAIMANA BERSYUKUR  SEBENARNYA?

FORMULA PELENGKAP 37 : BUNTU TAK TAHU NAK BUAT APA?

FORMULA PELENGKAP 38 : KEJAR AKHIRAT DUNIA DATANG 

FORMULA PELENGKAP 39 : KONSEP TAWAKAL SEBENAR

FORMULA PELENGKAP 40 : NIAT SEORANG ISTERI

PELENGKAP ISTIMEWA : AMALAN PALING BERBISA

KESIMPULAN KESELURUHAN

PENUTUP

Memang ramai yang berpuas hati setelah membaca buku ini 111 Formula Jemput Rezeki.

Kalau anda ingin mendapatkan buku 111 Formula Jemput Rezeki terus sahaja klik --->>>111 Formula Jemput Rezeki

Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kepada pelajar-pelajar politeknik semester 5 yang mengambil subjek Operating System, hari ini saya kongsikan dengan satu lagi contoh soalan peperiksaan akhir yang lepas.


Di bawah ini adalah contoh soalan peperiksaan akhir Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017.


Kertas soalan sebenar memang tidak sempat saya ambil daripada pelajar-pelajar senior yang telah melaluinya.


Jadi, saya taip semula contoh soalan ini daripada awal sampai akhir.


Cuma, soalah bahagian B, Question 2 (b) mungkin Table B2 bukan seperti yang asal kerana saya main agak-agak sahaja bentuknya. Hehe...


Biarpun wajah kertas soalan ini tidak seperti yang asal, tetapi ia masih boleh digunakan oleh anda sebagai rujukan untuk menghadapi peperiksaan tahun ini.


Baca jugaPanduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operatings System.


Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017


Muka surat pertama Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017
Muka surat pertama Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017

Muka surat kedua Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017
Muka surat kedua Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017

Muka surat ketiga Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017
Muka surat ketiga Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017










Muka surat keempat Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017
Muka surat keempat Contoh Soalan Past Year Operating System DEC6103 Sesi Disember 2017

Semoga anda berjaya dalam peperiksaan akhir tahun ini. Baca juga >> Contoh Soalan Operating System


Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Untuk makluman anda kod subjek Operating System yang sebelum ini adalah EC dihadapan berbanding sekarang DEC.

Namun begitu, bentuk soalan masih lagi tidak berubah.


Jadi, anda boleh menggunakan Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016 sebagai rujukan untuk membuat latihan ulangkaji bagi peperiksaan kod DEC6103 tahun ini.


Seperti juga contoh soalan sebelum ini, anda perlu dapatkan jawapan daripada pensyarah kamu.


Tetapi, sebelum dapatkan jawapan, cuba buat sendiri dahulu baru anda belajar.


Baca jugaPanduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operatings System.

Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016


Page 1 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 1 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Page 2 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 2 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Page 3 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 3 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 4 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 4 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Page 5 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 5 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 6 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 6 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Page 7 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 7 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Page 8 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 8 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Page 9 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 9 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Page 10 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016
Page 10 Contoh Soalan Past Year Operating System EC503 Sesi Jun 2016

Dapat juga :




Semoga anda berjaya. 

Anda Boleh Belajar Bahasa Inggeris Sendiri

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Zaman sekarang Bahasa Inggeris cukup penting terutama sekali kalau anda ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi seperti universiti.


Rata-rata IPTA dan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tidak boleh tidak memang anda perlu belajar bahasa Inggeris.

Kuasai bahasa Ingeris sendiri

Mungkin masih ramai yang mengatakan bahasa Inggeris ini susah, tapi anda jangan putus asa kerana sekarang ada cara yang lebih mudah untuk belajar bahasa Inggeris.


Salah satunya, anda boleh belajar sendiri walaupun tidak menghadiri kursus. Anda boleh ikuti panduan belajar Bahasa Inggeris sendiri tanpa menghadiri kursus di artikel ini.


Ataupun anda boleh membaca ebook bahasa Inggeris ini. Sebabnya sudah ramai orang yang memiliki buku ini.

Cuba anda lihat screenshort daripada emel saya. Ini adalah contoh belian buku  Kuasai Bahasa Inggeris sejak tahun 2016 lagi sempai tahun ini. 

Komisen hasil pembelian ebook Kuasai Bahasa Inggeris
Komisen hasil pembelian ebook Kuasai Bahasa Inggeris


Apa kelebihan ebook Kuasai Bahasa Inggeris yang saya cadangkan ini.


Baiklah, anda akan didedahkan dengan banyak kelebihan. Antaranya:


Kelebihan Kuasai Belajar Bahasa Inggeris.


5 sebab utama kenapa anda lemah bahasa Inggeris.

3 strategi untuk menguasai bahasa Inggeris.

Persiapan-persiapan penting yang perlu dilakukan sebelum belajar bahasa Inggeris.

3 tip mudah untuk memahami tulisan-tulisan berbahasa Inggeris.

3 tip mudah bagaimana hendak menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super!

Beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan anda terhadap perkataan yang anda hafal.

Panduan memilih kamus yang baik untuk menguasai bahasa Inggeris

5 syarat untuk mahir BERKOMUNIKASI dalam bahasa Inggeris.

Teknik membina KEYAKINAN DIRI semasa ingin bercakap bahasa Inggeris.

Cara bagaimana anda boleh bercakap bahasa Inggeris secara spontan tanpa berfikir  terlebih dahulu.

Ajaran-ajaran songsang guru-guru Bahasa Inggeris anda di sekolah dalam menguasai KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS!

Siapa yang patut membaca panduan 

 
Pelajar sekolah yang sering mendapat markah corot dalam subjek Bahasa Inggeris setiap kali peperiksaan.

Pelajar yang mempunyai cita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Mahasiswa universiti yang sering mendapat markah yang rendah dalam banyak subjek (akibat tidak faham dengan buku-buku rujukan yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris serta tidak dapat menulis dengan baik semasa menjawab soalan peperiksaan.)

Mahasiswa yang berada di tahun akhir pengajian yang ingin membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Pensyarah dan guru Bahasa Inggeris yang ingin meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris para pelajarnya dengan teknik baru.

Ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan anaknya supaya menguasai Bahasa Inggeris dari bangku sekolah lagi.
   
Penganggur yang ingin memantapkan penguasaan komunikasi dalam Bahasa Inggeris supaya mudah diterima bekerja.
   
Usahawan yang ingin menguasai Bahasa Inggeris untuk meluaskan pasaran perniagaan ke luar negara.
   
Sesiapa sahaja yang mempunyai impian yang hanya boleh ditunaikan dengan menguasai Bahasa Inggeris.

Zaman sekarang, kalau kita nak baca buku tak perlu guna buku. Guna telefon pintar pun boleh. Jadi, bolehlah kalau nak belajar bahasa Inggeris guna telefon pintar juga.

Daripada asyik melayari internet menggunakan telefon pintar saja-saja lebih baik belajar bahasa Inggeris juga.


Persoalannya, kita mahu atau tidak. Sebab itu, orang dulu-dulu selalu sebut "kalau berkehendak seribu daya kalau tidak berkehendak seribu dalih".


Apa-apapun saya doakan anda akan terus berjaya belajar dan menguasai bahasa Inggeris sama ada menggunakan Kuasai Bahasa Inggeris ataupun tidak.


Yang penting, anda terus belajar.


Jumpa lagi.


Senarai Contoh Soalan Past Year Operating System Politeknik

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dalam artikel ini saya kongsikan dengan anda senarai atau koleksi Contoh Soalan Past Year Operating System tahun-tahun lepas sebagai rujuk pelajar-pelajar khususnya yang belajar di Politeknik Malaysia.


Soalan-soalan ini memang soalan-soalan sebenar yang telah dilalui oleh pelajar-pelajar senior dan ia telah dibenarkan di bawa keluar daripada bilik atau dewan peperiksaan.


Ada juga soalan-soalan yang diambil daripada pelajar-pelajar senior yang tidak mahu lagi melihat kertas soalan ini setelah mereka menghadapinya. Mungkin tidak mahu stress.


Terdapat dua kod bagi subjek Operating System yang telah digunapakai iaitu EC503 dan DEC6103. Kod EC adalah untuk yang lama dan DEC adalah yang baharu.



Walaupun ada dua kod yang berbeza tetapi isinya lebih kurang sama dan anda masih boleh gunakan kedua-dua kod ini sebagai rujukan untuk anda belajar.


Yang penting anda mesti fokus.


Baca jugaPanduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operatings System.


Buat sebanyak-banyak latihan sebelum peperiksaan akhir bermula sebagai persediaan.

Fokus Senarai Contoh Soalan Past Year Operating System Politeknik
Fokus Senarai Contoh Soalan Past Year Operating System Politeknik

Senarai Contoh Soalan Past Year Operating System Politeknik


Antara contoh soalan past year operating system DEC6103 dan EC503 yang ada dalam koleksi saya.


Anda boleh baca secara online ataupun download daripada link yang saya berikan dibawah ini.








Cuma saya ingin mengingatkan bahawa jawapan untuk contoh-contoh soalan yang saya kongsikan dalam blog ini tolong dapatkan daripada pensyarah anda.


Anda perlu rajin dan jangan putus asa.


Adalah lebih baik anda membuat ulangkaji sendiri atau berbincang bersama dengan kawan-kawan terlebih dahulu untuk menjawab soalan peperiksaan ini.


Semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.



Kini Anda Boleh Membeli Buku Menerusi Laman Web Kinokuniya

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Anda pernah dengar nama sebuah kedai buku Kinokuniya?


Sejujurnya, saya pun baru dengar. Nama Kinokuniya saya jumpa dari sebuah artikel yang saya baca tentang pelaburan emas.


Penulis blog tersebut telah menghasilkan sebuah buku terbaru dan bukunya terjual di kedai buku Kinokuniya.

Paparan laman web Kinokuniya
Paparan laman web Kinokuniya


Kinokuniya adalah sebuah kedai buku di KLCC. Kedai buku fizikal yang cukup besar.


Di kedai ini, memang menjual beribu-ribu jenis buku dari pelbagai bahasa antaranya Jepun, Malaysia, English, China dan sebagainya.


Selain buku, stasionari dan permainan kanak-kanak juga turut dijual di sini.


Namun begitu, tidak semua orang dapat ke kedai tersebut kerana kedudukannya di KLCC betul tak?


Saya sendiri pun tinggal di Pulau Pinang. Entah bila boleh pergi saya pun tidak tahu.


Tetapi tidak mustahil. Mungkin ada rezeki nanti saya boleh pergi, sebabnya saya memang suka berkunjung ke kedai buku walaupun tidak membeli.


Kini Anda Boleh Membeli Buku Menerusi Laman Web Kinokuniya



Oleh itu, anda jangan bimbang kerana kita boleh membeli buku ini secara atas talian. Anda boleh layari website Kinokuniya untuk membeli buku atau apa sahaja barang yang anda berkenan.


Antara buku yang sedang viral adalah buku Pulang yang diadaptasi daripada Filem Pulang tulisan Lily Haslina Nasir.

Gambar daripada filem Pulang. Ehsan primeworks
Gambar daripada filem Pulang. Ehsan primeworks


Semasa saya menulis post ini, harga buku ini ada potongan harga sebanyak 10%. Cuma saya kurang pasti adakah potongan harga buku ini ditawarkan kepada semua pembeli atau ahli Kinokuniya sahaja.


Jadi, anda boleh layari sendiri ke website Kinokuniya dan memilih mana-mana buku atau apa sahaja barang yang anda minati dan membelinya.


Sebelum akhir, buku adalah teman karib yang tidak pernah jemu bersama kita. Sekian dulu untuk kali ini, kita jumpa lagi.

Aplikasi Quizizz Dapat Mengatasi Masalah Pelajar Meniru

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah, syukur sebab diberi kesempatan kepada saya untuk mengemaskini blog pada hari ini.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang suatu perisian atau aplikasi yang saya rasakan bagus untuk cikgu atau pensyarah gunakan dalam proses pembelajaran.


Tambahan pula, zaman ini kecelikan IT amat menggalakkan para pendidik menggunakan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka.


Aplikasi yang saya maksudkan adalah Quizizz.


Beberapa minggu lepas saya belajar dan explore aplikasi ini dan baru semalam saya cuba menggunakan aplikasi ini dalam salah satu sesi pembelajaran di dalam makmal komputer.

Pelajar-pelajar saya baru selesai menjawa soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz
Pelajar-pelajar saya baru selesai menjawa soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz


Hasilnya saya amat berpuas hati. Memang rezeki saya.

 
Mana tidaknya, kalau sebelum ini saya terpaksa menyusun kedudukan pelajar-pelajar semasa sesi kuiz adalah dengan menjarakkan lokasi setiap pelajar kerana bimbang mereka boleh meniru.


Namun, dengan menggunakan aplikasi Quizizz ini saya menggalakkan pelajar duduk dekat-dekat semasa menjalankan sesi kuiz.

Semua pelajar digalakkan duduk dekat dengan kawan sebelah dan tiru kawan sebelum.

Pelajar-pelajar mungkin terkejut sebab saya cakap seperti di atas. Bila mereka lihat rakan sebelah terus berubah wajah.


Aplikasi Quizizz Dapat Mengatasi Masalah Pelajar Meniru


Kenapa saya menggalakkan pelajar-pelajar duduk dekat dan meniru antara satu sama lain?


Kepada anda yang belum pernah menggunakan aplikasi ini pasti keliru dengan kenyataan saya.


Baiklah, untuk makluman anda aplikasi ini akan berjalan mengikut masa secara langsung atau live.


Maksudnya, pensyarah yang menentukan berapa masa bagi sesuatu soalan hendak dijawab dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk menyelesaikan seluruh soalan yang dihasilkan. Ini semua dilakukan sebelum sesuatu kuiz berjalan.


Yang menariknya, apabila kuiz bermula setiap pelajar akan mendapat soalan yang berbeza susunannya dan dia terpaksa fokus dengan soalannya sendiri tanpa menghiraukan soalan rakan sebelah kerana penunjuk masa sedang berjalan.


Andainya seorang pelajar itu sibuk dengan soalan rakan sebelah atau cuba meniru rakan sebelah, dia hanya membuang masa.


Selepas habis pelajar-pelajar menjawab soalan dalam aplikasi itu, keputusan quiz boleh diketahui oleh setiap orang yang terlibat.

Pelajar-pelajar boleh melihat keputusan kuiz mereka serta merta
Pelajar-pelajar boleh melihat keputusan kuiz mereka serta merta
 
Keputusan pelajar yang telah menjawab
Keputusan pelajar yang telah menjawab

Ini contoh keputusan pelajar yang telah menjawab dari segi item
Ini contoh keputusan pelajar yang telah menjawab dari segi item

Pensyarah boleh membuat analisis, soalan yang mana pelajar boleh jawab dan tidak
Pensyarah boleh membuat analisis, soalan yang mana pelajar boleh jawab dan tidak

Usai pelajar menjawab soalan kuiz, pensyarah boleh buat analisis dan muat turun keputusan pelajar.


Setelah mengajar di politeknik hampir 10 tahun, antara masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah adalah kes peniruan semasa menjalan kuiz atau ujian.


Oleh itu, perisian atau aplikasi Quizizz ini saya rasakan amat membantu para pendidik untuk mengatasi masalah peniruan dan aktiviti kuiz yang dijalankan juga lebih menarik kerana ia seumpama sebuah permainan game.


Namun begitu, saya mencadangkan agar pensyarah yang ingin menggunakan aplikasi Quizizz ini perlu menerangkan lebih awal kepada pelajar dan mereka perlu bersungguh-sungguh mengulangkaji subjek yang akan diuji.


Kesesuian masa dan tahap kesukaran juga perlu diambil kira sebelum memulakan sesi kuiz atau ujian yang hendak dijalankan.


Kepada anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini boleh lihat caranya melalui video di bawah ini.




Mudah-mudahan bermanfaat post ini dan semoga berjumpa lagi.

5 Contoh Bab Yang Ada Dalam Buku Anak Pintar Cerdas

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Artikel hari memang straight to the point. Saya tidak sempat memikir bahasa yang berbunga.


Jom kita terus membaca.


Bagi setiap ibu bapa yang sudah dianugerahkan cahaya mata sudah pasti mahukan anak kita sihat, pintar dan cerdik.


Ia memang rezeki yang besar.


Anak pintar cerdas


Untuk itu, mahukah anda kalau saya perkenalkan sebuah panduan yang boleh mengajar anda untuk mendidik anak anda jadi cerdik dan pandai baca buku sejak kecil lagi.


Buku yang saya maksudkan adalah Anak Pintar Cerdas. Anda boleh semak apa yang ada di dalam buku Anak Pintar Cerdas di ini.

5 Contoh Bab Yang Ada Dalam Buku Anak Pinter Cerdas


BAB 1 : Teknik Semasa Kehamilan

Dalam teknik ini saya membongkarkan kaedah utama dalam merangsang minda semasa proses pembentukkan janin lagi. Hebat bukan? Terdapat 10 kaedah yang anda boleh praktikkan di rumah tanpa mengeluarkan satu sen belanja pun !
Antara contohnya :

Bagaimana emosi ibu _________. Dan cara ____________ …Semua ini dibongkarkan dalam ebook ini.
Teknik mengusap perut. Bukan main redah jer. Satu kaedah mudah seperti ______
Rahsia senaman yang ___________  minda bayi.

 BAB 2 : Rahsia Kenapa Bangsa Yahudi Genius
Dibongkarkan buat pertama kalinya. Bagaimana kaum  Yahudi tu bijak. Apa petua mereka sampai otak menjadi sangat geliga…

Bagi yang tidak tahu, saya dedahkan dalam ebook ini nanti. Boleh nampak, memang berbeza sangat antara kita dengan mereka.

 BAB 3 : Teknik Selepas Hamil


Belum cukup usaha lagi jika selepas hamil anda  mengambil langkah berdiam diri untuk melatih minda si manja anak menjadi genius.

Terdapat kaedah rahsia untuk _________ dengan bayi.
Permainan yang ____________ otak bayi seperti ___________
Cara pemakanan

BAB 4 : Teknik Pemakanan Berkhasiat


Kalau nak bicarakan soal pemakanan memang semua orang kata ambil ubat minda. Benar kah? Sebenarnya tidak perlu pun. Boleh jimat duit.
Makanan yang mencukupi nutrient
Makanan yang di anggap luar biasa yang di makan oleh orang – orang luar biasa. Contohnya adalah ____________
Makanan ini sering lupa nak makan. Padahal ada depan mata jer.
Keburukan makanan ringan

Makan pun kena jaga. Minda kita memerlukan makanan tertentu untuk menjadi bijak.

BAB 5 : Teknik Ajar Anak Membaca 

Yang ni paling best…Tak perlu tunggu ajar anak membaca semasa umur  5 tahun. Kebanyakkan ibu bapa suka ambil masa lambat untuk mengajar anak membaca.

Saya dedahkan kaedah mudah ajar anak anda membaca seawal usia 3 tahun..

Antara perkara yang saya dedahkan ialah :

Perkara JANGAN anda lakukan semasa ajar anak anda membaca !
Jangan buat anak  anda pandai belaka. Semua masa umur 3 tahun nak ajar semua benda. Sedangkan kanak-kanak perlukan masa, serta pembelajaran mestilah selari dengan peningkatan umur.
5 tips yang saya bongkarkan.

Banyak lagi maklumat cara mendidik anak dalam Anak Pintar Cerdas.


Tambahan pula ada bonus yang menanti anda jika anda mendapatkan buku ini.


Satu lagi, ada jaminan 100% dan wang akan dikembalikan. Anda patut dapatkan ebook ini dan baca semua tips tersebut.


Semoga kita semua memperolehi anak soleh, pintar dan cerdas.

Buku Basic Calculation For AC Electrical Circuit Sudah Terbit

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah syukur dengan izin, rezeki dan rahmatnya dapat juga kami menghasilkan sebuah buku yang berjudul Basic Calculation For AC Electrical Circuit.

Cover Buku Basic Calculation For AC Electrical Circuit
Cover Buku Basic Calculation For AC Electrical Circuit

Buku ini adalah buku kedua yang saya tulis bersama dengan penerbitan UPPen. Buku sebelum ini berjudul Basic Calculation For DC Electrical Circuit.


Dengan menggunakan konsep buku yang sama dengan buku sebelum ini, ia menghimpun koleksi nota ringkas, contoh soalan dan soalan latihan.


Saya teringat, masa belajar dahulu pensyarah saya berpesan kalau sudah habis suatu subtopik yang dipelajari jangan tidak buat latihan.


Buat latihan sebanyak mungkin supaya kefahaman meningkat dan pengetahuan yang kamu pelajari melekat.


Atas dasar itu, tujuan buku ini diterbitkan untuk membantu pelajar dan pengajar menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran bagi matapelajaran litar elektrik khususnya dalam membuat latihan.


Di bawah ini dilampirkan contoh isi buku:

Contoh copyright

Contoh Introduction
Contoh Introduction

Contoh nota dan contoh soalan
Contoh nota dan contoh soalan

Contoh soalan
Contoh soalan

Contoh isi kandungan buku ini adalah seperti berikut:

Table of Contents

Acknowledgments      iv
Preface      v
Introduction      2
Chapter 1: AC WAVEFORM      3
Express Note      3
Example      5
Practice Problem    7
Chapter 2: AC SINUSOIDAL GENERAL EQUATION     13
Express Note    13
Example    14
Practice Problem    16
Chapter 3: Complex Numbers in Rectangular and Polar Form    21
Express Note    21
Example    22
Practice Problem    24
Chapter 4: Inductor (L) Circuit    26
Express Note    26
Example     27
Practice Problem     27
Chapter 5: Capacitor(C) Circuit     30
Express Note    30
Example    31
Practice Problem    32
Chapter 6: Combination RLC Series Circuit    34
Express Note    34
Example    35
Practice Problem    36
Answers of Practice Problem    40
Bibliography    44


Buku ini sangat sesuai digunakan di dalam kelas atau secara sendirian. Rujuk nota ringkas dan ulangkaji contoh soalan yang disediakan.


Kemudian uji kefahaman diri dengan menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan.


Kepada anda yang berminta untuk beli buku ini, boleh whatsapp nombor saya 012-4603666 (Faizal).

Review Buku : Rancang Wang Dari Sekarang

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Lama sungguh saya tidak kemaskini blog yang bersarang ini. InsyaAllah, hari ini saya cuba belanja anda satu post.


Salah satu hobi yang memang sukar untuk saya tinggalkan adalah membaca buku.


Walaupun saya belum berjaya membaca buku sebanyak orang-orang hebat seperti Azizi Ali yang mampu membaca ratusan dan mungkin sekarang ribuan buah buku tetapi kegemaran untuk membaca buku dari semasa ke semasa masih tetap berjalan.


Alhamdulillah, pada saya aktiviti membaca juga rezeki yang Allah SWT beri kepada saya.


Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah buku yang baru sahaja saya selesai membacanya minggu lepas.


Judulnya adalah Rancang Wang Dari Sekarang.

Review Buku : Rancang Wang Dari Sekarang
Review Buku : Rancang Wang Dari Sekarang


Review Buku : Rancang Wang Dari Sekarang


Sebenarnya, Buku Rancang Wang Dari Sekarang sudah lama diterbitkan iaitu pada tahun 2010 oleh PTS Profesional. Genre kewangan dan motivasi.


Oleh kerana buku ini saya baru jumpa dua minggu lepas di perpustakaan negeri Pulau Pinang, jadi hari ini tahun 2018 baru saya boleh review. He..he..


Meskipun sudah 8 tahun buku ini ditulis, tetapi saya rasa tertarik untuk berkongsi dengan anda semua kerana isinya sungguh baik untuk diamati.


Alasan kedua kenapa saya masih mahu buat review tentang buku ini walaupun buku ini sudah tidak diterbitkan lagi adalah kerana anda masih boleh mendapatkannya dalam bentuk aplikasi yang boleh dibaca melalui telefon pintar.


Jika anda berminat boleh download melalui link google play, Rancang Wang Dari Sekarang.
 

Baiklah, sebelum kita baca apa yang ada dalam buku ini, mari kita lihat biodata ringkas tentang penulis buku ini yang lebih gemar dikenali dengan nama Pakdi.


Pakdi mula menulis blog sejak 2001. Bermula dengan tema sosio-politik menerusi Pakdi.com. Kemudian, penulisannya mula menjurus ke arah sosio ekonomi khususnya yang berkaitan topik pengurusan kewangan, bisnes, pelaburan dan kewangan Islam. Sewaktu masih belajar di universiti iaitu di sekitar tahun 2005 , Pakdi mengasaskan forum BicaraJutawan.com. Kini forum itu telah diwakafkan untuk manfaat semua yang mahu mengubah keadaan kewangannya menjadi lebih baik. 2009, Pakdi menerbitkan ebook edisi terhad secara percuma bertajuk, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk Mengatasinya.” Lebih 3500 pembaca bertuah blog Pakdi.Net mendapat manfaat daripadanya. Selain menulis, Pakdi juga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan juga pelaburan sama ada untuk orang awam, pelajar universiti, badan kerajaan dan juga syarikat korporat.

Sejujurnya, saya sudah lama follow blog beliau. Dengan cara penyampai yang santai memudahkan mesej yang hendak dihantar sampai.


Berbalik kepada tajuk artikel ini, jom kita lihat secara sepitas lalu apa yang anda boleh perolehi dengan membaca buku ini.


Pertama sekali cuba anda lihat isi kandungan buku ini.


Isi kandungan 


Pengenalan
Prakata
Islam dan Harta
Muamalat 101
Apa Impian Hidup Kita?
Berapa Banyak yang Diperlukan?
Apa Yang Mesti Kita Buat Selepas Dapat Gaji?
Pendapatan vs Perbelanjaan
Aset vs Liabiliti
Apa yang Kita Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta?
Abang, Bila Mahu Masuk Meminang?
Sewa atau Beli Rumah?
Hutang oh Hutang
Oh, Semuanya Mudah dengan Kad Plastik
Jangan Jadi Penjamin
Apa Yang Kita Mesti Tahu Mengenai Takaful?
Sudah Tentu Semuanya OK
Skim Pasti Untung
Jadilah Tangan Yang Memberi
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan Amanah Saham?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Saham?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Hartanah?
Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Bisnes?
Bagaimana Mulakan Bisnes Sambilan?
Beli dan Bina Aset
Kita Sekarang Enggang
Terbang Bersama Enggang
Penutup


Setelah saya baca buku ini, saya mendapati cara penyampaian buku ini secara keseluruhannya sangat santai tetapi lengkap dengan istilah-istilah kewangan yang mungkin jarang diketahui oleh masyarakat umum seperti saya.


Diawal buku ini, perkara penting yang diutarakan oleh Pakdi ialah pandangan Islam terhadap harta dan kewangan.


Sebagai penganut Islam, kita tidak boleh terlepas daripada hukum syariat iaitu halal, haram, harus, makruh dan wajib dalam melakukan hubungan sesama manusia yang melibatkan kewangan atau lebih tepat dipanggil sistem muamalat.


Namun, kita tidak perlu bimbang dengan hukum-hukum yang telah Islam gariskan kerana segalanya adalah untuk memudahkan dan menyelamatkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.


Sekiranya kita mampu mengikuti apa sahaja yang dianjurkan oleh Islam pasti kita akan selamat dan bahagia.


Penulis juga mengambil ibarah daripada kisah Nabi yang telah Allah SWT rakamkan dalam Al-Quran untuk menguruskan kewangan kita.


Contohnya, pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf  A.S. yang mentadbir negara Mesir setelah keluar daripada penjara.


Menerusi kisah ini, memang ada panduan yang Allah SWT tinggalkan untuk kita dalam mentadbir kewangan peribadi mahu kewangan negara.


Rancanglah kewangan kita



Biarpun cara penyampaiannya yang santai, namun ia dilengkapi dengan maklumat teknikal dan contoh-contoh pengiraan terperinci untuk memudahkan kefahaman pembaca yang bukan daripada bidang akauntasi atau perniagaan.


Seumpamanya, pengiraan bajet untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Penulis memberi contoh-contoh anggaran harga, pengiraan dan membuat perbandingan di antara perkara-perkara yang sepatutnya diberi keutamaan ataupun tidak.


Selain itu, dalam buku ini juga penulis berkongsi kepada kita apa yang perlu dilakukan setelah mendapat gaji pertama, bagaimana mahu membeli kereta yang tidak merugikan, adakah kita perlu menyewa atau membeli rumah dan cara hendak berhutang.

Muka surat belakang buku Rancang Wang Dari Sekarang, nota mengajar belajar
Muka surat belakang buku Rancang Wang Dari Sekarang


Di samping itu, Pakdi juga menganjurkan kita agar banyakkan memberi walaupun kita wajib mengurus wang dengan baik dan menambahkan aset kita.


Kesimpulannya, saya amat berpuas hati membaca buku ini kerana ia telah merubah pemikiran saya tentang kewangan.


Kalau selama ini saya hanya fikir bagaimana mahu menambahkan kewangan peribadi sahaja tetapi setelah saya baca buku ini, baru saya tahu bahawa menguruskan kewangan lebih penting daripada menambah kewangan.


Sebab itu, tidak hairan kenapa ramai orang yang ada banyak duit tapi duit tidak tahu ke mana perginya. Malahan, ramai juga yang diisytiharkan muflis walaupun umur masih muda.


Buku ini juga menjadi pencetus untuk saya membaca buku-buku kewangan yang lain dan diharapkan anda juga sama seperti saya.


Mudah-mudahan kita semua dapat belajar menguruskan kewangan dengan baik dan mendapat keredhaan Allah SWT.


Ya, sekali lagi saya ulang. Kita memang kena rancang kewangan kita. Kalau tidak mungkin akaun bank kita akan kering-kontang.


Selamat membaca dan belajar merancang kewangan kita.

Anda Calon Menduduki peperiksaan MUET Pada Sesi 3 2018

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Kepada calon yang akan ambil Exam MUET,


Sama ada baru kali pertama anda mengambilnya, ataupun anda sudah beberapa kali GAGAL untuk mendapatkan Band yang anda ingini dalam Exam MUET, anda perlu tahu FAKTA ini;


Mengikut Statistik (Majlis Peperiksaan Malaysia) MPM sebanyak 80.18% Calon Mendapat Band 1 dan 2
Dalam Peperiksaan  Speaking & Written MUET.

Dan dalam masa yang sama kebanyakkan Universiti Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) MEWAJIBKAN anda lulus dengan minimum Band 3 untuk syarat pengijazahan (GRAD). Mimpi NGERI, dah penat belajar tapi tak lulus muet tak boleh grad pulak.

Anda Calon Menduduki peperiksaan MUET Pada Sesi 3 2018  nota mengajar belajar
Anda Calon Menduduki peperiksaan MUET Pada Sesi 3 2018

Tapi anda jangan lah rasa takut atau bimbang untuk menghadapi Exam MUET. Kata-kata di atas cuma peringatan kepada anda supaya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan MUET.


Sememangnya, Anda BOLEH. Anda memang BOLEH mengatasi statistik kegagalan MUET dengan memperolehi Band 3, berkemungkinan Band 4 dan tidak mustahil anda mampu mencapai Band 5 atau 6. InsyaAllah.

Anda Calon Menduduki peperiksaan MUET Pada Sesi 3 2018 


Tahukah anda semua calon yang berjaya dalam Exam MUET tahu bahawa TIADA jalan pendek atau MAGIK untuk mendapat Band tertinggi dalam Exam MUET.


Mereka tahu Rahsianya dan ini rahsianya:


Berjayanya anda dalam Exam MUET bergantung kepada 1 faktor ini iaitu bagaimana cara anda menyelesaikan tugasan (task) yang diberikan. Bagaimana cara anda menjawab soalan dan tulis report dan juga esei anda. Dan inilah yang membezakan bagi calon MUET yang tahu bagaimana untuk menjawab soalan MUET tersebut dengan tersusun dan sistematik akan mendapat markah yang tinggi. Tapi bagi calon yang tidak tahu, akan mendapat markah yang biasa-biasa sahaja malah ada ada yang mendapat sangat rendah.
Rahsia Lulus Muet


Yang menariknya, semua calon muet boleh mempelajari kaedah untuk lulus dalam MUET  dengan cara cepat dan pantas.


Malahan, kalau anda ingin tahu bahawa anda dapat mengaksesnya pada bila-bila masa, dimana jua anda berada.


Mari saya bantu anda. Sebelum itu cuba anda tengok video dan baca screen short di bawah ini.




Testimoni MUET 1
Testimoni MUET 1

Testimoni MUET
Testimoni MUET 2

Testimoni MUET
Testimoni MUET 3

Untuk berjaya, caranya tidak lain tidak bukan adalah dengan anda berdoa dan belajar bersungguh-sungguh.


Di atas adalah testimoni mereka yang belajar melalui Rahsia Lulus MUET. Sebenarnya, banyak lagi testimoni pengguna panduan Rahsia Lulus MUET.


Cuma saya kesuntukan masa hari ini, saya tunjukkan 4 testimoni dahulu. InsyaAllah jika ada ruang masa nanti saya kongsikan lagi kepada.


Tetapi, jika anda ingin memuaskan hati sekarang anda boleh klik >>>Rahsia Lulu MUET<<< untuk melihat testimoni yang lain.


Saya amat menggalakan anda yang menjadi calon MUET untuk mendapatkan Rahsia Lulus MUET kerana sudah ramai yang mendapatkannya.


Satu lagi alasan kenapa anda perlu mendapatkan panduan ini adalah DUIT anda akan dipulangkan jika pakej yang ditawarkan tidak memberi pengetahuan baru kepada anda.


Ini adalah petikan daripada website Rahsia Lulus MUET.


Jika Anda Rasa Pakej Lengkap Ini Tidak Memberi Pengetahuan Baru Kepada Anda. Sila Beritahu Krew Kami & Kami Pulangkan Duit Anda Kembali Serta Merta

Kami meletakkan kepercayaan yang tinggi berdasarkan maklum balas dari calon muet sebelum ini, dengan izin Allah pakej lengkap ini bakal mengubah band muet anda ke tahap yang lebih baik.

Adapun begitu, kami juga percaya kami tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Malah, ia adalah satu kerja yang sia-sia.

Atas sebab itu, apa jua alasan, sebab yang munasabah mahupun tidak munasabah, pihak kami menawarkan jaminan wang dikembalikan 100% jika anda tidak berpuas hati.

InsyaAllah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang tidak putus-putus, saya yakin anda akan berjaya dalam Exam MUET akan datang.


Dapatkan  Rahsia Lulus MUET sekarang. Kalau mahu mantapkan Bahasa Inggeris, baca juga Panduan Bahasa Inggeris ini.

Pandangan Pensyarah Tentang Rahsia Lulus MUET

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hari saya ingin kongsikan pandangn seorang pensyarah yang menggunakan buku Rahsia Lulus MUET bersama pelajar-pelajarnya.


Pensyarah ini menggelarkan namanya sebagai Bonda Anis.Mari kita lihat apa pandangan beliau tentang  Rahsia Lulus MUET ini.


Saya cuba menyalin beberapa perkara penting yang disampaikan oleh pensyarah tersebut dan jika anda tidak ada kesempatan untuk membaca apa yang saya tulis, anda boleh dengar video di bawah ini.

Pandangan Pensyarah Tentang Rahsia Lulus MUET, nota mengajar belajar
Salah seorang pembeli panduan Rahsia Lulus MUET


Pandangan Pensyarah Tentang Rahsia Lulus MUET



Rahsia Lulus MUET ini ada dalam bentuk buku dan CD.


#1. Dalam buku fizikal, ia menggunakan Bahasa Melayu untuk memudahkan pelajar-pelajar atau calon MUET melakukan ulangkaji secara sendiri.


Kepada mereka yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris. Panduan ini akan menjimatkan masa belajar kerana pelajar tidak perlu translate daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.



#2. Dalam CD  speaking yang menunjukkan dengan jelas situasi sebenar untuk group instruction seperti kedudukan 4 calon dan penilai ketika ujian dijalankan ada disediakan.


#3. Dalam CD lessening yang menunjukkan banyak contoh untuk pelajar buat latihan bersama dengan pensyarah. Speaker dia bagus.


Buku sangat bagus biiznillah (dengan izin Allah ). Kadang-kadang ada pelajar yang hendak belajar sendiri, tetapi dengan menggunakan buku teks agak complek.


Dengan panduan Rahsia Lulus MUET akan dapat bantu memudahka pelajar mengulangkaji sendiri untuk menghadapi peperiksaan MUET.




 Dapatkan pakej buku yang ditawarkan melalui link ini >>>Rahsia Lulus MUET<<<.


Apa yang dikongsikan oleh pensyarah dalam video di atas cuma sedikit sahaja. Anda boleh lihat lebih lagi melalui website Rahsia Lulus MUET.


Namun begitu, bagi meraikan anda yang sudi membaca artikel ini saya kongsikan 9 kelebihan menggunakan Rahsia Lulus MUET.


9 Kelebihan Menggunakan Rahsia Lulus MUET


Rujukan ini disusun untuk memberikan 'booster' kepada persediaan anda. Exam MUET sudah tidak lama lagi. Anda perlukan sesuatu yang komprehensif dan kami di sini mahu BANTU anda!

1. Bahasa pengantaranya Dalam Bahasa Melayu


Ianya ditulis dalam Bahasa Melayu, mudah difahami dan mudah dipratikkan. Tidak seperti buku-buku fizikal diluar sana, semuanya dalam Bahasa Inggeris.

2. Ia Menjimatkan Masa Anda


Ianya menjimatkan masa anda membuat persediaan peperiksaan MUET dimana anda tidak perlu buang masa masih tercari-cari tips peperiksaan MUET lain yang belum tentu sesuai dengan anda. Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Kami mudahkan studi anda. Anda bakal jimat 72 JAM!

3. Lengkap Dengan Panduan dari A-Z


Panduan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana persediaan peperiksaan MUET dari A – Z. Sebelum peperiksaan, semasa peperiksaan, hingga ke menjawab soalan peperiksaan. Tiada Masalah Lagi Tentang APA nak STUDI? Kami ada SOLUSI Utuk anda

  4.  Strategi Menjawab Soalan


Berbagai-bagai rahsia dan strategi untuk menjawab soalan yang tidak diketahui oleh calon akan didedahkan kepada anda. Percaya kepada kami, faktor utama kegagalan menjawab adalah kerana tidak tahu format soalan. Jadi apa perbezaannya?

   5. Amat Sesuai Untuk Semua Calon

Ia sesuai bagi semua calon peperiksaan samada calon yang pertama kali mengambil peperiksaan MUET ini ataupun calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan mereka. Kami Tahu Ramai Calon Baru Sesi Ini.

  6.  Memang Ada Proven & Terbukti

Semenjak 2013 Rujukan Kami Telah Membantu RIBUAN Calon Peperiksaan MUET.

 7.   Membimbing Anda Menjawab Soalan

Panduan ini bukan mengajar anda menipu dan sebagainya. Sebaliknya MEMBIMBING anda memberikan jawapan yang terancang dan tersusun rapi. Contoh – contoh soalan dibina untuk memberi gambaran jelas kepada anda bagaimana soalan ditanya. Biasakan diri anda.

  8. Adakah Ia Soalan Bocor? Soalan Ramalan?


Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan itu tahap sekolah. Tinggalkan zaman itu. Kita nak masuk zaman universiti. Kalau minda itu masih ada dikepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman universti tahun ini.

 9. Membantu Buang Rasa Gugup & 'Blur'

Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + ‘blur’ peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya

Memang banyak kelebihan menggunakan panduan ini. InsyaAllah, anda yang berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berhenti berdoa memohon pertolongan pasti berjaya.


Jangan berputus asa kerana masa masih ada. Selamat menduduki peperiksaan MUET yang akan datang.


Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum Suami Pn Norlizah

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hari ini, saya rehat sebentar berkongsi dengan anda tentang panduan Rahsia Lulus MUET.


Tetapi saya ingin mengingatkan kepada calon-calon peperiksaan MUET Sesi 3 2018 agar membuat persediaan rapi kerana semasa artikel ini dibuat, anda mempunyai masa kurang lebih 17 hari sahaja lagi untuk anda berdepan dengan peperiksaan speaking.

Sesi tahlil sedang dijalankan, nota mengajar belajar
Sesi tahlil sedang dijalankan


Baiklah, artikel hari ini berkenaan dengan Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum Suami Pn Norlizah.


Siapa Pn Norlizah?


Beliau adalah kawan kami di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai yang baru sahaja kehilangan suami tersayang pada 15 Ogos 2018 yang lalu.



Ya. Hakikat kematian sudah ditentukan ajal setiap insan oleh Allah SWT. Kalau dalam surat kematian, punca kematian tertulis "Sepsis with multiorgan failure secondary to wet gangrene over right foot".


Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan seluruh muslimin muslimat yang telah pergi meninggalkan kita.


Pn Norlizah dengan kami umpama keluarga di bilik pensyarah BKE06, Politeknik Seberang Perai.


Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum Suami Pn Norlizah



Atas dasar ingatan, En Amir, Kak Wati dan rakan-rakan sekerja yang lain mengadakan Majlis Tahlil Ringkas Buat Almarhum khusus buat suami Pn Norlizah dan seluruh almarhum serta almarhumah yang telah pergi meninggalkan kita semua.


Saya boldkan perkataan ingatan untuk berpesan kepada diri dan anda yang baca artikel ini bahawa bila kita teringat kepada apa sahaja di atas dunia ini, itu tanda kasih sayang Allah SWT.


Contohnya, pada saat kita teringat ibu bapa kita di kampung. Itu tandanya Allah SWT sayang dekat dan ibu bapa kita. Mana mungkin kita boleh ingat, kalau tidak ada yang mengingatkan selain Allah SWT.


Begitu juga, ingatan kita kepada orang yang telah meninggalkan kita di dunia ini. Allah SWT sayangkan mereka di alam arwah, jadi Allah SWT ingatkan kita kepada mereka.


Sebab itu, kita diajarkan agar membaca Al-Fatihah, baca Yaasin atau tahlil dan mohon Allah SWT hadiahkan kepada mereka. Mudah-mudahan mereka diampunkan dosa dan dijauhi daripada azab kubur.


Hebatkan kasih sayang Allah SWT.


Maaf, terlari tajuk pula. Kita kembali kepada tajuk asal.


Majlis tahlil ini diadakan secara ringkas dan tertutup sahaja. Ini kerana, kalau mahu buat majlis yang besar perlukan perancangan yang besar, perlu lantik jawatankuasa pelaksana, perlu mohon kebenaran pengurusan dan sebagai. Ia merumitkan.


Meskipun ia suatu majlis yang kecil, tetapi pada saya ia sangat signifikan untuk kami sama-sama merapatkan ukhwah.


Untuk makluman anda, bukan senang untuk mengadakan majlis sebegini kerana jadual bertugas kami tidak sama.


Tetapi Alhamdulillah, rezeki Allah tidak pernah salah masa dan alamat. Allah SWT mudahkan urusan kami.


Dapat juga kami menjalankan masjlis tahlil ini dan kemudian menikmati hidangan kampung masakan geng pecah periuk yang diketuai oleh Kak Wati.


 Gambar sekitar majlis tahlil ringkas.


Selepas tahlil kita makan dulu
Selepas tahlil kita makan dulu

En Amir baru pilih ulam
En Amir baru pilih ulam

Semuanya tengah makan dalam bilik stor

Jangan terkejut tengok kotak yang banyak, memang bilik stor

En Noazri sedang menikmati hidangan dan En Anas
En Abu makan sampai licin

Masak lemak ikan kayu

Ulam timun yang cukup rapuh

Nasi pilihan En Huzaimi

Alhamdulillah, majlis yang ringkas ini cukup meriah walaupun tidak ramai yang hadir.


Masakan kampung yang menyelerakan membuatkan tidak cukup puas kalau tidak menambah. Hampir semua yang makan akan menambah termasuk saya. He..he..he..


Betullah kata orang tua-tua makan nasi kenduri rasa sedap bukan sebab jenis makanan yang disajikan tetapi keberkatan yang Allah SWT bagi.


Saya sempat tanya Kak Wati, berapa kali masak nasi ? Dia jawab tiga kali.

Lauk waktu petang


Nampak ringkas tetapi tiga kali masak nasi. Lauk tetap cukup dan kami boleh ulang makan pula selepas solat Jumaat.


Tetamu kami yang akhir sekali ialah En Iman. Dia makan siap tolong kemas bilik lagi. Kak Wati meluahkan rasa puas hati sebab makanan hampir habis, tidak ada yang membazir.


Moga-moga Allah SWT mengampunkan dosa kami dan semua mereka yang telah kembali ke rahmatullah serta memberkati majlis kami.


Kalau ada rezeki kami buat lagi.


Terima kasih kepada semua yang manjayakan majlis tahlil ringkas ini.

Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Saya pernah terdengar suatu ungkapan yang berbunyi

"It is now about how many you get the money, but it is about how you manage the money."

Dahulunya saya tidak faham ungkapan di atas. Pada saya, duit hanya perlu dicari sebanyak yang mungkin.

Setelah saya membaca beberapa buah buku kewangan barulah saya faham ungkapan di atas bahawa pentingnya menguruskan kewangan peribadi dan keluarga agar kita tidak pokai atau duit kita tidak hilang entah ke mana.

Mungkin juga kerana Allah SWT temukan saya kisah-kisah manusia yang berdepan dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga yang membimbangkan membuatkan saya begitu semangat dan teruja untuk membaca buku-buku kewangan sejak akhir-akhir ini.

Saya bukanlah seorang pakar atau perancang kewangan tetapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi buku-buku kewangan dengan anda semua agar kita sama-sama mempunyai kesedaran untuk mengurus dan merancang kewangan kita dengan baik.

Ya.

Dengan membaca beberapa buah buku belum tentu menjadikan kita seorang pakar kewangan.

Namun, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda buku-buku kewangan dalam blog ini agar ia menjadi pencetus kepada diri saya sendiri dan anda untuk terus belajar dan membaca buku-buku kewangan yang lain.


Mudah-mudahan kita tidak pokai dan sentiasa beringat untuk menguruskan kewangan dari semasa ke semasa.


Baiklah, hari ini saya ingin membuat review sebuah buku yang berjudul Agar Aku Tidak Pokai Lagi.


 Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi, nota mengajar belajar
 Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi oleh nota mengajar belajar
 
Ia adalah sebuah buku bergenre kewangan yang diterbitkan oleh Jootawan Group Sdn. Bhd. pada tahun 2015. Pengarangnya bernama Mohd Shafiee Ali.


Seperti juga buku Rancang Wang dari Sekarang tulisan Pakdi yang saya review sebelum ini, buku ini pun saya pinjam daripada Perpustakaan Negeri Pulau Pinang yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang.

Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi


Dalam buku ini tidak diceritakan biodata penulis namun, ada kisah silam tentang kewangan yang diselitkan oleh penulis secara ringkas.


Penulis sendiri menyatakan kekesalan tentang kisahnya yang lalu di mana kehidupannya sering pokai kerana kebodohannya dala menguruskan kewangan.


Dulunya, beliau hanya mengumpul hutang. Hutang kenderaan, hutang rumah, hutang peribadi, hutang perabot, hutang kad kredit dan bermacam-macam hutang lagi.


Sepuluh tahun bekerja tanpa apa-apa aset yang patut dibanggakan. Dari bulan ke bulan gaji sentiasa rasa pokai. Tidak pernah rasa cukup.


Kehidupan yang dilalui oleh penulis menjadikan dirinya cukup bosan dengan hidupnya sendiri yang sering pokai. Setiap kali sebelum akhir bulan gaji yang akan datang wang sudah habis tidak tahu ke mana.


Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba dia seakan tersedar dari lamunan. Seolah-olah mendapat hidayah daripada Allah SWT.


Dia sedar bahawa sudah terlalu lama tidur lena, lalai, membazir umur, waktu dan masa dengan sikap boros. Hidupnya terikat seperti hamba wang.


Alhamdulillah, dari situ beliau mula mengorak langkah untuk mengubah hidupnya sendiri.


Dengan keazaman yang kuat serta perubahan yang berjaya beliau lalui akhirnya beliau berjaya menghasilkan buku yang saya sedang review sekarang.


Sungguh! Allah SWT sangat mengasihi hambaNya. Dia tidak akan biarkan hambaNya menangis.

Muka surat belakang  Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi nota mengajar belajar
Muka surat belakang  Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi

Kandungan Buku


Secara umum, buku ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

1. Fasa kenal pasti
2. Fasa pemulihan
3. Fasa Perencanaan
4. Fasa Pelaksanaan
5. Fasa Kekayaan

#1. Pertama sekali, kita perlu sedar dan kenal pasti kelemahan diri. Contohnya, jika kita suka membazir waktu, buang duit dengan perkara yang bukan keperluan, berbelanja dengan gaya hidup mewah dan sebagai. Semua perkara-perkara negative berkaitan kewangan perlu kita senaraikan untuk menilai diri kita yang sebenar.


#2. Setelah itu, kita  baca bahan-bahan seperti artikel dan buku kewangan atau hadiri seminar kewangan untuk menambah ilmu. Ilmu kewangan memang tidak diajar di sekolah, jadi kita perlu cari bersungguh dengan pelbagai cara.


#3. Kemudian, kita mula merancang kewangan kita dengan baik. Seperti mana Allah SWT merakamkan kisah Nabi Yusuf A.S. yang mentadbir urus negara Mesir suatu ketika dahulu sehingga rakyatnya hidup dengan tenang walaupun dilanda musim kemarau.


#4. Fasa yang selanjutnya adalah menjalankan rancangan kewangan yang telah dirancang dengan baik. Pastikan matlamat kewangan jelas dan boleh dicapai.

Setelah anda berjaya melaksanakan ke empat-empat fasa tersebut kini tiba masanya untuk mengutip hasil. Tetapi bagaimana cara untuk meraikan kejayaan tersebut? Adakah dengan berfoya-foya atau bermewah-mewah?

Jawapannya tentu bukan. Jangan ulangi kisah yang lalu. Anda pasti akan terjebak dalam dunia pokai kembali. Jadilah hamba Allah SWT yang bersyukur, hidup sederhana, banyak memberi dan qanaah.


Anda boleh rujuk isi kandungan terperinci di bawah ini

Isi kandungan buku 1  Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi, nota mengajar belajar
Isi kandungan buku 1

Isi kandungan buku  Review Buku: Agar Aku Tidak Pokai lagi nota mengajar belajar
Isi kandungan buku 2

Penutup


Penulis berusaha menceritakan dan berkongsi pengalaman dalam buku Agar Aku Tidak Pokai Lagi agar menjadi teladan dan motivasi buat pembaca semua.


Secara lumrah, semua orang tidak mahu hidup pokai dan inginkan kekayaan baik anak kecil sehinggakan orang tua kerana kita semua tahu kuasa wang.


Namun begitu, tidak ada jalan mudah untuk hidup kaya. Perlu usaha keras dan pengorbanan yang tinggi. Bukan mudah juga untuk mendidik jiwa agar hidup qanaah dan rasa bersyukur jika minda masih dibelengu dengan nafsu untuk melakukan maksiat.


Alhamdulillah, Rezeki saya dapat baca buku ini dengan tidak terlalu lama. Pada pandangan saya buku ini sangat bagus dibaca oleh semula lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, miskin atau kaya.


Isinya lebih kepada mengajak kita semua mengubah cara hidup kita yang tidak merancang kewangan kepada merancang kewangan dengan lebih baik.


Penulis juga menganjurkan kita agar menuntut ilmu kewangan, mengamalkan ilmu kewangan dan menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dikecapi.


Semoga kita bertemu lagi. Belajarlah merancang kewangan agar hidup kita aman.

Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 Allahumma Solli'ala Muhammad


Jangan bimbang rezeki Allah SWT tidak pernah salah alamat.


Satu cara terbaik dalam membuat persediaan temuduga adalah dengan belajar melalui pengalaman orang lain.


Mereka yang telah hadir ke temuduga. 
Mereka yang dah lakukan persediaan sebelum temuduga.
Mereka yang sudah lalui hari dan detik-detik mencemaskan semasa temuduga.


Ini peluang anda belajar melalui pengalaman mereka.

Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta
Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta


Ya...Ia memang benar-benar membantu persediaan minda anda. Melalui perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga, anda bakal dapat gambaran bagaimana keadaan temuduga yang sebenar.

Ya...Ini akan menolong anda, walau ia adalah pengalaman orang lain tetapi anda seolah-olah sedang berada dalam situasi mereka hadir ke dalam bilik temuduga.

Belajar Dari Pengalaman Temuduga Kerajaan dan Swasta


Saya percaya ada suara yang terlalu "Over" confident berkata

Alah...saya dah baca banyak perkongsian  temuduga di blog-blog, siap boleh komen-komen lagi. 

Ya...Itu tidak menjadi masalah jika anda seorang yang 'sangat' yakin. Tetapi, ini nasihat Team InfoKerjaya... keyakinan yang terlalu tinggi boleh memusnahkan impian anda.

Oleh  itu, cuba lihat komponen ini dalam panduan Rahsia Bijak Temuduga.

Komponen 4 : Pengalaman Temuduga Sektor Swasta


Komponen ini adalah perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga di sektor swasta pelbagai jawatan. Antaranya adalah bagi jawatan :
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pembantu Pentadbiran
Pelatih Pengurusan
Pembantu Peribadi
Jika anda bakal hadir temuduga sektor swasta, komponen ini sangat membantu anda. Ia adalah perkongsian pengalaman sebenar.

Anda dapat lihat, bagaimana tekanan diberikan melalui soalan-soalan yang panel temuduga ajukan kepada calon.

Lihat juga, terdapat soalan yang sama walaupun jawatan berlainan. Di sini anda dapat lihat bagaimana  pemikiran panel temuduga di sektor swasta melalui soalan mereka.

Jika anda peminat TEGAR jawatan kerajaan, tinggalkan komponen ini. Jika anda sukakan soalan ber'Tekanan'...komponen ini sangat sesuai walaupun anda peminat tegar jawatan kerajaan.

 Komponen 5 : Pengalaman Temuduga Sektor Awam



Komponen ini adalah perkongsian calon yang telah hadir ke temuduga di sektor kerajaan pelbagai jawatan. Antaranya :
Pegawai Hidupan Liar
Penolong Akauntan
Pen. Siasatan Jabatan SPRM
Pegawai Tadbir Diplomatik
Sangat penting sebagai rujukan bagi anda yang bakal hadiri temuduga sektor kerajaan.

Dalam perkongsian ini, anda dapat lihat pola soalan yang sering ditanya oleh panel temuduga kerajaan yang kebiasaannya adalah mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan juga dan berjawatan tinggi.

Lihat ulasan dan nasihat oleh Tim Infokerjaya dalam setiap perkongsian ini.


Kesemua komponen ini adalah pakej lengkap kepada Rahsia Bijak Temuduga. Jadi, usah lengahkan masa anda untuk mula lakukan persiapan temuduga anda sekarang.

Kami tegaskan disini, ebook ini bukan untuk semua calon temuduga tetapi ia untuk anda.

Artikel ini adalah perkongsian daripada Team Infokerjaya yang berpengalaman luas dalam membantu mereka yang akan menghadapi temuduga.

Saya kongsikan kepada anda yang memerlukan. Semoga anda berjaya dalam temuduga akan datang.

Review Buku: Didik Anak Urus Wang

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Buku yang akan saya review hari ini adalah buku yang saya pinjam dari Perpustakaan Negeri Pulau Pinang bersama dengan dua buah buku yang telah saya review sebelum ini iaitu:

  1. Rancang Wang Kita Sekarang
  2. Agar Aku Tidak Pokai Lagi
Buku-buku di atas lebih kepada mendidik diri kita sendiri menguruskan kewangan, tapi buku ini lebih kepada bagaimana mahu mendidik anak menguruskan wang.

Ya.

Saya yakin, semua ibu bapa mahu anak-anaknya soleh dan solehah serta pandai menguruskan kewangan sendiri.

Untuk itu, mari kita belajar bagaimana untuk mendidik anak kita pandai menguruskan kewangan mereka sendiri.

Mari kita mulakan dengan membaca buku. Selepas ini, kalau anak mahu ikuti seminar pun bagus juga sebab sekarang sudah ada kursus mengajar anak menguruskan kewangan.

Review Buku: Didik Anak Urus Wang 


Didik Anak Urus Wang
Didik Anak Urus Wang

Buku Didik Anak Urus Wang adalah buku tulisan Siti Faaizah Ismail terbitan PTS Profesional pada tahun 2017. Genre kewangan.

Biodata ringkas penulis


Beliau merupakan seorang penolong pengurus, Unit Sistem Kewangan di Menara TM. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Multimedia. Kecenderungan beliau dalam bidang ekonomi dan kewangan di samping minatnya adalah penulisan kerana baginya, ia adalah platform bagi berkongsi ilmu yang diterokainya.

Jom baca selanjutnya.

Ayat popular yang biasa kita dengar tentang kewangan adalah semua manusia kini tidak boleh hidup tanpa wang kerana segala macam benda perlukan wang.

Hendak pergi ke tandas, hendak minum, hendak makan, hendak pergi sana sini, hendak belajar dan hendak pergi kerja juga memerlukan wang.

Tetapi, awas.

Meskipun segala-galanya perlukan wang, jangan sampai kita menjadi hamba wang. Biar kita yang mengawal wang bukan wang yang mengawal kita. Nanti susah hidup kita.
Sebab itu para alim ulamak sering mengingatkan kita supaya jangan meletak wang di hati tetapi cukup di tangan.

Dalam erti kata yang lain, wang hanyalah alat untuk kita hidup bukannya hidup kita semata-mata untuk wang.

Jumlah wang yang kita ada tidak sepenting berbanding bagaimana kita menguruskan wang yang kita ada.

Oleh sebab itulah, zaman ini kita amat digalakkan belajar tentang pengurusan kewangan supaya kita dapat mengawal wang bukannya wang yang mengawal kita.

Ya.

Wang bukan sahaja digunakan oleh orang dewasa tetapi kanak-kanak kecil juga perlukan wang. Kalau orang dewasa perlu pandai menguruskan wang, kanak-kanak juga mesti pandai menguruskan wang mereka.

Lantaran itu buku Didik Anak Urus Wang ditulis untuk memberi panduan kepada ibu bawa agar mampu mendidik anak kita menguruskan wang sejak mereka kenal apa itu wang.
Mari kita lihat apa yang ada dalam isi kandungan buku ini.

Isi kandungan buku

Isi kandungan buku pertama  Didik Anak Urus Wang, nota mengajar belajar
Isi kandungan buku pertama  Didik Anak Urus Wang

Isi kandungan buku kedua Didik Anak Urus Wang, nota mengajar belajar
Isi kandungan buku kedua Didik Anak Urus Wang

Ringkasan Isi Kandungan buku


Pendahuluan


Sebelum masuk bab pertama, penulis menerangkan senario yang sering wujud antara setiap ahli keluarga dan wang.

Ramai ibu bapa tidak ambil kisah tentang pendidikan wang kepada anak-anak kerana mereka beranggapan bahawa pendidikan di sekolah sudah cukup bagi anak-anak menjadi orang yang bijak dalam semua perkara.

Namun begitu, apa yang terjadi kebanyakkan anak-anak yang membesar hanya bijak dari segi pelajaran yang diajar di sekolah tetapi tidak bijak dalam mengendalikan wang.
Semuanya kerana mereka tidak di asuh dan dididik sejak kecil bagi menguruskan wang oleh ibu bapa dan di sekolah.

Ringkasan Bab Pertama


Penulis mengajak ibu bapa memberi pendedahan kepada anak tentang pengurusan kewangan. Secara ringkasnya, pendidikan kewangan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada 3 peringkat yang berbeza iaitu

  1. Kanak-kanak prasekolah
  2. Kanak-kanak berumur enam hingga dua belas tahun
  3. Remaja

Anak-anak ini perlu belajar tentang wang melalui pengalaman diri sendiri dan apa yang dilihat daripada ibu bapa mereka.

Pendidikan kewangan sepatutnya mengikut kesesuaian peringkat yang dinyatakan tadi.

Ringkasan Bab Kedua


Penulis menerangkan konsep wang kepada ibu bapa supaya mudah untuk mendidik anak-anak kita. Sebagai contoh, anak-anak perlu faham maksud pendapatan, simpanan, pinjaman dan perkongsian.
Pengajaran yang disampaikan menerusi perbincangan, pemerhatian dan sebagainya dapat menyediakan anak-anak dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan mengenai wang berdasarkan nilai dan kepercayaan dalam keluarga masing-masing.

Ringkasan Bab Ketiga


Penulis menyarankan agar diberikan elaun kepada anak untuk mereka mula melakukan praktikal pengurusan kewangan.

Sebelum diberikan elaun kepada anak, kita perlu faham maksud konsep elaun dan 10 rahsia elaun itu sendiri. Elaun tidak mempunyai kaitan dengan kerja rumah, kerja sekolah dan kasih sayang.

Ringkasan Bab Keempat


Bila sebut tentang simpanan, bukan sahaja kanak-kanak yang tewas tetapi ramai juga orang dewasa yang terkandas dalam bab ini.

Oleh sebab itu, memang penting untuk ibu bapa mengajarkan kepada anak-anak tentang simpanan sejak kecil lagi. Simpanan juga adalah peraturan utama bagi seorang jutawan.

Anak-anak perlu diajar membuat tabung seperti tabung ikan paus. Gambar rajah tabung ikan paus disediakan dalam buku ini.

Jika anak-anak ada matlamat untuk membeli barang, suruh mereka senaraikan dan mula menyimpan untuk membeli barang itu.

Penulis juga menyarankan agar anak kita menyediakan sebuah Buku Wang Saku untuk mencatat pergerakan wang dia terima dan gunakan.

Ringkasan Bab Kelima


Apabila duit yang disimpan agak banyak, sudah tentu ada nafsu untuk membeli. Oleh yang demikian, penting bagi kita mengajarkan anak-anak bijak dalam berbelanja. Anda boleh mengikuti 5 prinsip yang dicadangkan oleh penulis dalam bab ini.

Ringkasan Bab Keenam


Meskipun anak kita sudah mempunyai duit simpanan, satu perkara penting yang perlu mereka tahu ialah mereka perlu berkongsi dengan orang lain.

Menyumbang tidak semestinya dalam bentuk duit. Dalam bab ini, penulis menyarankan agar mencontohi 5 prinsip berkongsi iaitu:

  1. Sumbang 5 hingga 10% daripada elaun
  2. Sumbang secara konsisten
  3. Penglibatan anak secara fizikal
  4. Sumbang barang-barang terpakai
  5. Memberi hadiah

Ringkasan Bab Ketujuh


Dalam kehidupan kita, masalah besar yang sering dihadapi oleh kita adalah hutang. Jadi, tidak salah mengajarkan anak kaedah menguruskan hutang.

Terdapat 9 prinsip yang ditunjukkan dalam bab ini bersama contoh kontrak pinjaman dan rekod bayaran balik pinjaman antara ibu bapa dan anak-anak.

Ringkasan Bab Kelapan


Setelah anak kita mendapat beberapa pengalaman dalam menguruskan kewangan mereka sendiri, penting diajarkan kepada anak kita mengawal dan merekod belanjawan.

Ada 6 perinsip yang diterangkan dalam bab ini yang boleh diikuti oleh ibu bapa untuk diterangkan kepada anak-anak.

Dalam bab ini juga, penulis menunjukkan contoh merekod belanjawan secara bulanan dan tahunan.

Ringkasan Bab Kesembilan


Salah satu perkara penting yang perlu diajarkan kepada anak kita adalah pelaburan. Pada peringkat awal, perkenalkan konsep pelaburan kepada mereka dan terangkan 5 prinsip dalam pelaburan.

Sebagai praktikal, anak-anak kita boleh menyimpan duit mereka di SSPN dan Tabung Haji kerana di sana anak-anak kita akan mendapat dividen yang diberi secara tahunan.

Cara ini memudahkan mereka memahami maksud pelaburan.

Ringkasan Bab Kesepuluh


Cara untuk membiakkan duit simpanan anak-anak kita adalah dengan memberi pendedahan tentang berniaga. Anak-anak diajar menjadi usahawan kecil.

Penulis menjelaskan 6 prinsip yang boleh diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak untuk menjadi seorang usahawan. Terdapat 2 jenis usahawan yang boleh anak-anak lakukan iaitu:

  1. Produk - Menjual kad hari jadi, menghasilkan bingkai lukisan, kerepek, barang kraf tangan dan lain-lain lagi.
  2. Perkhidmatan - Menyediakan perkhidmatan memotong rumput, membersihkan halaman rumah, mencuci longkang, mengajar tuisyen, mengajar cara menggunakan komputer dan sebagainya.

Ringkasan Bab Kesebelas


Dalam mengharungi proses pembelajaran menguruskan kewangan, pasti ada cabaran yang terpaksa diharungi. Antara cabarannya ialah pengaruh iklan.

Anak-anak perlu memahami maksud di sebalik iklan yang sering keluar di televisyen, internet dan sebagainya. Mungkin ada elemen memujuk, janji manis yang sementara dan lain-lain lagi.

Kalau orang dewasa pun ramai yang terpedaya dan tertipu dengan iklan, apa tah lagi kanak-kanak. Oleh itu, anak kita perlu pandai menilai iklan yang sering mereka dengar atau lihat.

Tambahan


Sebelum menamatkan tulisan buku ini, penulis ada menyediakan panduan untuk anak-anak bersama ibu bapa bermain sayidina. Sayidina adalah sebuah permainan yang baik untuk mendidik dan melatih anak-anak menguruskan kewangan dengan baik.

Cover belakang  Didik Anak Urus Wang
Cover belakang  Didik Anak Urus Wang

Rumusan


Buku ini memang memberi panduan bagaimana cara untuk mendidik anak-anak kita menguruskan kewangan dengan baik dan terperinci.

Ditambah dengan contoh pengiraan, borang-borang kontrak dan sebagainya memudahkan ibu bapa untuk membaca serta faham dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan.

Namun begitu, ibu bapa dinasihatkan agar terlebih dahulu mengusai ilmu pengurusan kewangan supaya dapat menunjukkan contoh yang baik dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga.

Elakkan pembaziran dan pembelian barang yang tidak termasuk dalam senarai yang dirancang. Jauhkan hutang yang tidak perlu.

Barulah  Rezeki Melimpah Ruah

Kita kena ingat, apa sahaja yang ibu bapa tunjukkan kepada anak-anak, sama ada baik mahupun buruk, anak-anak tetap belajar menguruskan kewangan daripada ibu bapanya.

Semoga anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan dapat menguruskan wang mereka dengan baik.

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Peperiksaan akhir Politeknik Malaysia sudah tidak lama lagi dan bukan satu kertas peperiksaan sahaja yang akan pelajar-pelajar hadapi.


Mungkin ada yang terpaksa menghadapi tiga kertas peperiksaan, empat, lima atau lebih lagi.


Jadi.


Persiapan yang rapi untuk berdepan dengan semua kertas peperiksaan itu perlu dirancang dengan teliti supaya anda tidak stress nanti.


Hari ini, saya akan kongsikan sedikit panduan bagi anda yang akan menghadapi Peperiksaan Akhir Operating System.

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System
Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir Operating System


Panduan ini saya bahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

  1. sebelum peperiksaan
  2. semasa peperiksaan
  3. selepas peperiksaan

Sebelum peperiksaan


  1. Doa supaya Allah SWT mudahkan anda dapat faham subjek operating system, beri kekuatan tidak ponteng kelas dan dapat jawab soalan quiz, test, praktikel test serta peperiksaan akhir.
  2. Anda wajib menghadiri ke semua kelas yang pensyarah kamu adakan sepanjang semester. 
  3. Oleh kerana subjek ini lebih daripada 60% teori, anda perlu banyak membaca.
  4. Buat nota sendiri. Ada berbagai-bagai bentuk nota yang anda boleh buat. Contohnya, buat dalam bentuk poin, peta minda dan sebagainya. 
  5. Berbincang dengan rakan-rakan sekelas.
  6. Main teka-teka dengan mereka dan sebagainya.
  7. Buat banyak latihan dan ulangkaji soalan-soalan past year. Anda boleh dapatkan contoh soalan past year di sini >>> link contoh soalan past year operating system.

Semasa peperiksaan


  1. Bila sudah masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan, baca Bismillah dan doa.
  2. Bila sudah dibenarkan menjawab soalan, lihat betul-betul soalan di hadapan anda. 
  3. Pastikan soalan itu bukan untuk subjek yang lain.
  4. Sebelum menjawab lihat markah setiap soalan dahulu. Pemberat markah menentukan berapa poin yang perlu anda jawab. Umpamanya, soalan yang ada 3 markah maksudnya anda perlu fikir 3 poin untuk menjawab.
  5. Ada ketikanya anda mungkin terlupa poin utama, tetapi anda ingat contoh. Jadi, masukkan contoh-contoh dalam jawapan anda walaupun tidak ditanya kerana ia juga boleh memberikan markah kepada anda.
  6. Jawab semua seoalan yang dikehendaki dan jangan tinggalkan kertas soalan kosong.
  7. Banyak selawat kalau terlupa.

Selepas peperiksaan


  1. Selepas keluar dewan jangan terlalu bimbang atau terlalu seronok.
  2. Berserah sahaja kepada Allah SWT kerana anda sudah lakukan yang terbaik.
  3. Yakinlah bahawa Allah SWT Maha Penyanyang.
  4. Jangan dilihat kertas soalan itu lagi kerana P Ramlee pernah berpesan barang yang lepas hai jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri.
  5.  Fokus kepada kertas soalan yang anda belum ambil lagi.
  6. Jangan berhenti berdoa. Teruskan berdoa agar anda diberi kejayaan dan lulus dengan cemerlang.
  7. Kalau anda sudah habis kertas peperiksaan, fikirkan apa yang perlu anda buat bagi mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti membuat projek akhir tahun atau mencari pekerjaan sementara.

Begitulah serba sedikit panduan yang sempat saya tulis.


Pada saat saya menulis panduan ini, saya tidak merujuk mana-mana buku atau artikel.


Kalau ada kekurangan, anda boleh tambah di ruang komen di bawah ini.


Panduan ini memang tidak sempurna kerana yang sempurna hanya Allah SWT.


Anda boleh dapatkan panduan tambahan lain daripada mana-mana buku rujukan, blog ataupun sebagainya.


Yang penting, fokus dan jangan putus asa.


Saya doakan anda berjaya.

Viewing all 152 articles
Browse latest View live