Quantcast
Channel: Nota Mengajar Belajar
Viewing all 152 articles
Browse latest View live

Fakta Menarik Tentang Membaca

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah, syukur masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan dapat post satu artikel hari ini.


Saya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan fakta menarik tentang membaca ini kerana terpaksa berselang seli menyiapkan kerja-kerja lain yang mesti diutama dahulu.


Alhdulillah...rezeki. Siap juga post ini.


Fakta-fakta ini disusun dalam bentuk infografik yang saya jumpa di fanpage perpustakaan Kuala Lumpur.


Oleh kerana jumlah pembaca buku buku daripada negara kita masih sedikit, saya rasakan fakta ini perlu disebar-luaskan kepada masyarakat negara kita.


Mudah-mudahan lebih ramai rakyat negara ini suka membaca.


Kalau zaman dulu, kita sering mendengar satu pepatah melayu yang berbunyi " Membaca adalah jambatan ilmu." Kalau sekarang mungkin kita boleh tukar jadi "Membaca adalah talian interenet ilmu

Fakta Menarik Tentang Membaca 


Fakta Menarik Tentang Membaca 1
Fakta Menarik Tentang Membaca 1

Fakta pertama


Bagaimana kita boleh menggambarkan suasana dan bunyi apabila kita membaca?

Ketika membaca, anda membayangkan perkataan sebagai gambaran dan mendengarnya dengan kuat biarpun berkata di dalam hati.

Apabila membaca buku, and menggunakan bahagian otak yang sama ketika mengesan wajah seseorang.

Borca Area (bahagian otak manusia yang menjana struktur bahasa); Membaca secara senyap memberi jumlah respon yang sama seperti membaca dengan kuat.




Fakta Menarik Tentang Membaca 2

Fakta kedua


Kita membaca menerusi pergerakan mata.

Mata bergerak dengan pantas. Setiap pergerakan mata, akan menunjukkan deria yang digunakan: visual, auditor dan kinestetik (perasaan).

Anda menggerakkan mata ke semua arah secara sistematik berdasarkan pemikiran semasa. Gambaran terletak di sebelah kanan otak, manakala maklumat sedia di sebelah kanan.

Justeru, untuk mengakses maklumat tersebut secara tidak sedar anda menggunakan pergerakan mata yang mengarah kepada maklumat yang dikehendaki tersimpan.

Negara manakah yang paling suka membaca?

Berikut adalah senarai purata masa seseorang membaca buku dalam seminggu berdasarkan negara. Statistik ini dirujuk daripada NOP World Culture Score Index.
  1. India 10.42 jam
  2. Thailand 9.24 jam
  3. China 8.00 jam
  4. Filifina 7.36 jam
  5. Mesir 7.30 jam
  6. Republik Czech 7.24 jam
  7. Rusia 7.06 jam
  8. Sweden dan Perancis 6.54 jam
  9. Hungary dan Arab Saudi 6.48 jam
  10. Hong Kong 6.42 jam
  11. United Kingdom 5.18 jam
  12. Jepun 4.06 jam

Fakta Menarik Tentang Membaca 3

Fakta ketiga


Fakta tentang membaca & Bagaimana ia boleh mengubah hidup anda.

Orang yang sering membaca buku, berkemungkinan 2 kali lebih akan kurang di diagnosis dengan penyakit sindrom Alzheimer.

Setiap keli anda membaca buku baru, otak anda akan mencipta ruang baru, di mana untuk janka masa panjang, akan menguatkan ingatan anda.

Dengan membaca, ia akan membuka pandangan baharu terhadap kehidupan. Orang yang kerap membaca pasti selangkah lebih kehadapan.

Membaca membantu anda mengenal pasti kepelbagaian corak dalam penulisan dan menjadikan anda lebih " critial thinker".

Big Bad Wolf adalah pest buku terbesar di Malaysia. Ia merupakan antara salah satu usaha kerajaan untuk memupuk kembali semangat membaca.

Bagaimana menjaga mata anda apabila membaca di buku atau skrin?

Pastikan anda mempunyai sumber pencahayaan yang cukup ketika membaca.

Ambil tempoh rehat mengikuti kaedah 20-20-20. Setiap 20 minit alihkan pandangan daripada buku lihat objek dalam jarak 20 kaki selama 20 saat.

Biasakan berkelip untuk melembabkan mata. Melihat sesuatu objek dengan lama boleh menyebabkan mata anda kering.

Jika anda perlu memakai kaca mata/ kanta lekap pastikan anda menggunakannya ketika membaca.

Sentiasa lakukan pemeriksaan mata.


Fakta Menarik Tentang Membaca 4

Fakta keempat

Jenis bacaan print

Paperbooks
Hardcover

Jenis bacaan digital

E-Book
Audio


Tabiat membaca dalam talian

Besarkan tulisan jika menghadapi masalah membaca tulisan kecil.

Kekerapan membaca di komputer sangat memenatkan dan tidak elok bagi anda. Jika anda membaca artikal yang terlalu panjang, seeloknya dicetakkan.

Ubah kecerahan komputer yang bersesuaian dengan penglihatan anda.

Jika anda memakai kaca mata, tanya kepada optometris sama ada ia sesuai untuk penggunaan komputer.

Lakukan senaman mata dengan melihat objek dekat (jarak 6 inci) untuk beberapa saat, kemudian fokus pada objek jauh.


Begitulah sedikit fakta menarik tentang membaca yang mungkin ramai belum tahu. Diharapkan lebih ramai orang yang suka membaca.

Sekurang-kurangnya, negara kita tersenarai dalam 10 negara yang suka membaca. Barulah seronok dilabelkan sebagai negara maju.

5 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan MUET

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kepada calon-calon peperiksaan MUET dan ibu bapa calon-calon peperiksaan MUET, Peperiksaan MUET sudah tidak lama lagi.


Sudah menjadi lumrah, bila akan menghadapi peperiksaan pelbagai rasa mula muncul.


Ada yang gugup, gementar dan berdebar. Ia adalah perasaan yang biasa dialami oleh manusia.


Untuk menghilangkan perasaan itu, anda perlu banyakkan berdoa dan membuat persiapan yang rapi.


Begitu juga dengan peperiksaan MUET.


5 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan MUET
5 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan MUET

Persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan MUET adalah penting dan anda juga perlu tahu kenapa ramai calon yang Gagal mendapat keputusan cemerlang.


Ingin tahu apa sebabnya?


Jom baca selanjutnya.

5 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan MUET

 

#1. Ramai yang tidak bersedia.


Sekitar 90% calon peperiksaan MUET tidak bersedia. Mereka mengambil pendekatan sambil lewa untuk menghadapi peperiksaan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya

#2. Kurang pengetahuan


Ramai juga yang kurang pengetahuan tetang peperiksaan MUET. Bukan itu sahaja, mereka juga kurang pendedahan tentang teknik dan strategi menghadapi peperiksaan MUET.


# 3. Kurang persediaan dari segi komunikasi


Ada calon yang tidak bersedia dari segi komunikasi ataupun pertuturan. Apabila menghadapi peperiksaan MUET, mereka hilang idea dan tidak mampu bercakap di depan panel pemeriksa.


# 4. Tidak menjaga penampilan diri


Mungkin, ramai calon peperiksaan MUET yang tidak ambil peduli tentang penampilan diri. Sedangkan penampilan diri semasa ujian kertas Speaking peperiksaan MUET adalah penting.


#5. Terlebih yakin


Terlebih yakin atau Over confident salah satu faktor utama kegagalan calon yang telah menghadiri peperiksaan MUET.


Untuk mengatasi masalah di atas, anda perlu dapatkan panduan peperiksaan MUET yang terbaik dan terkini.


Dapatkan sekarang. --->>> Rahsia Lulus MUET.


Anda ingin tahu kenapa saya cadangkan anda dapatkan  Rahsia Lulus MUET?


Kenapa perlu dapatkan pakej panduan Rahsia Lulus MUET?



Jom lihat video di bawah ini dan anda dengar sendiri apa kata pensyarah bekas calon peperiksaan MUET ini tetang Rahsia Lulus MUET.


Pandangan Pensyarah Tentang Rahsia Lulus MUET



Pandangan Calon MUET Band 5 Tentang Rahsia Lulus MUET


Selain itu, anda juga boleh baca testimoni orang sudah mendapatkan Rahsia Lulus MUET.


Testimoni pengguna panduan Rahsia Lulus MUET
Testimoni calon peperiksaan MUET 2015
 
Testimoni pengguna panduan Rahsia Lulus MUET
Testimoni pengguna Rahsia Lulus MUET


Testimoni pengguna panduan Rahsia Lulus MUET
Testimoni pengguna panduan Rahsia Lulus MUET


Sebenarnya, ada banyak lagi luahan pengguna-pengguna  Rahsia Lulus MUET yang mana anda boleh baca menerusi laman web Rahsia Lulus MUET.


Saya doakan anda berjaya dalam peperiksaan MUET akan datang. InsyaAllah, kalau memang Rezeki anda, pasti berjaya. 

Pengalaman Calon-Calon Peperiksaan MUET

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Menerusi jadual peperiksaan Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Pepepriksaan Malaysia (MPM), peperiksaan MUET tahun ini sudah tidak lama lagi.


Jadi, persiapan yang rapi perlu ditingkatkan oleh calon-calon peperiksaan MUET tahun ini.


Jangan getar, jangan bimbang dan jangan sampai tidak tidur malam.


Gunakan masa yang ada sebaik mungkin dan pasti kesihatan tubuh badan berada pada tahap yang baik.


Selain mendengar nasihat daripada cikgu yang mengajar anda tentang MUET, anda juga boleh dengar nasihat mereka sudah menduduki peperiksaan MUET.


Ya.


Kadang-kadang, pengalaman orang lebih berharga untuk kita jadikan panduan hidup kita.



Di bawah ini saya kongsikan beberapa pengalaman mereka yang telah mengambil peperiksaan MUET.


Pengalaman Calon-Calon Peperiksaan MUET

Pengalaman calon-calon peperiksaan MUET yang lalu.

# Pengalaman Pertama

Pengalaman calon peperiksaan MUET 1
Pengalaman calon peperiksaan MUET 1
 # Pengalaman Kedua
 # Pengalaman calon peperiksaan MUET 2
 # Pengalaman calon peperiksaan MUET 2

note: pengalaman ini dikongsikan oleh blogger dari blog duniaituinda.blogspot.com & hanishusna-babymonster.blogspot.com


Anda boleh dapatkan maklumat dan panduan terkini tentang peperiksaan MUET melalui --->>> Rahsia Lulus MUET.


Antara luahan kata-kata mereka tentang Rahsia Lulus MUET.

Calon peperiksaan MUET yang dapat band 4 dalam peperiksaan 2017
Calon peperiksaan MUET yang dapat band 4 dalam peperiksaan 2017

 Apa kata mereka tentang panduan Rahsia Lulus MUET


Antara calon periksaan MUET yang pernah menggunakan panduan Rahsia Lulus MUET.

Calon peperiksaan MUET yang dapat band 4 dalam peperiksaan 2017
Calon peperiksaan MUET

Video pensyarah yang menggunakan bersama pelajar-pelajarnya.



Video calon peperiksaan MUET yang menggunakan Rahsia Lulus MUET.



Video pensyarah yang menggunakan Rahsia Lulus MUET.




Semoga panduan ini dapat membantu semua calon peperiksaan MUET yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Jangan putus asa.


Teruskan berdoa.


Teruskan usaha.


Semoga anda semua berjaya.


Anda boleh dapatkan Rahsia Lulus MUET menerusi link --->>>Rahsia Lulus MUET.

Review Buku : Perancangan Pelaburan Hayat

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Sejak beberapa bulan ini, saya jadi minat membaca buku tentang kewangan. Anda boleh lihat beberapa buah buku kewangan yang telah saya review sebelum ini.


Banyak lagi buku tentang kewangan yang saya beli dan pinjam yang sudah habis dibaca tetapi belum sempat direview dalam blog ini.


InsyaAllah, jika diizinkan Allah saya akan buat review buku lagi.


Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya sempat habiskan membaca sebuah buku yang berjudul Perangan Pelaburan Hayat.


Buku ini saya beli secara online melalui laman web bookplanet. Ia ditulis oleh dua orang yang bernama Anuar Haniff dan Dr Mohd Nizal Haniff.


Buku terbitan True Wealth Sdn. Bhd. ini harganya RM29.90 dan genrenya adalah kewangan.


Alhamdulillah, memang rezeki saya. Masa saya boleh buku ini ada discount.


Kalau anda mahu dapatkan discount daripada syarikat penerbitan buku ini anda kena subscribe email atau selalulah bertandang ke laman web tersebut. 


Review Buku : Perancangan Pelaburan Hayat



Cover depan  Buku Perancangan Pelaburan Hayat
Cover depan  Buku Perancangan Pelaburan Hayat



Biodata Penulis


Anuar Haniff merupakan seorang penulis subjek ekonomi dan perancangan kewangan. Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang pelaburan dan kewangan, termasuklah pelaburan insurans, takaful, ekuiti dan konsultasi strategi. Anuar memegang Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi) 1st Class Standing dari McMaster Unversity, Ontario, Kanada. Kini beliau menyambung akademiknya ke peringkat PhD dalam bidang Ekonomi di universiti Islam tempatan. 


Dr Mohd Nizal Haniff ialah pensyarah dan felo penyelidik di Accounting Research Institute dan Fakulti Perakaunan di UiTM. Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam konsultasi kewangan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta. Dr Nizal berkelulusan PhD (Kewangan) dari Cardiff University, dan mendapat Ijazah Profesional dari The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), di United Kingdom.

Isi Kandungan

Antara isi kandungan dalam buku ini adalah


Penghargaan
Pengenalan

BAB PERTAMA
Asas-asas Pelaburan Termasuk Pelaburan Syariah

BAB KEDUA
Amalan Pelaburan Yang Bijak

BAB KETIGA
Perancangan Pelaburan Hayat dan Kepentingannya

BAB KEEMPAT
Portfolio Pelaburan Bagi Umur 20 ke 30 Tahun

BAB KELIMA 
Portfolio Pelaburan Bagi Umur 30 ke 50 Tahun


Ulasan Buku


Pertama kali saya tengok tajuk di muka hadapan buku ini, saya kurang berminat untuk membacanya.


Pada fikiran saya, buku ini mesti bercerita tentang pelaburan saham di bursa saham.


Namun, setelah melihat isi kandungannya, saya rasa tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam.


Di dalam buku ini ada diterangkan bagaimana membuat portfolio perancangan pelaburan sejak umur 20 tahun sehingga umur 70 tahun bagi rakyat Malaysia.


Secara umun, perancangan pelaburan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu umur 20-30, 30-50 dan 50-70 tahun dan secara khusus dibahagikan kepada empat bahagian.


Fokus utama dalam buku ialah menggalakkan rakyat Malaysia belajar merancang pelaburan seawal usia dan memilih pelaburan syariah sahaja.


Selain itu, penulis juga menerangkan perbezaan di antara menyimpan duit dan melabur serta bagaimana untuk memaksimumkan pelaburan.

Cover muka surat belakang buku Perancangan Pelaburan Hayat
Cover muka surat belakang buku Perancangan Pelaburan Hayat


Kepada anda yang mempunyai duit dalam KWSP, jangan biarkan duit di dalam akaun tersebut terlalu lama tanpa melakukan apa-apa pelaburan. Adalah rugi tidak dilaburkan sedangkan anda boleh memaksimumkan pelaburan KWSP.


Yang lebih menariknya, di dalam buku ini juga ditunjukkan bagaimana anak muda boleh merancang pelaburan seawal usia dengan strategi yang bijak.






Sebagai penutup, buku ini cuba menunjukkan bagaimana cara mengamalkan pelaburan yang bijak dan berstrategi.


Ia sesuai dibaca oleh orang muda yang baru masuk alam pekerjaan tetapi ingin membuat perancangan pelaburan seawal usia dan mahu mencapai 'kebebasan kewangan' serta bersara awal.


Kepada ibu tunggal yang baru berpisah dengan suami tetapi bercita-cita untuk berjimat-cermat serta memulakan simpanan atau pelaburan demi membesarkan anak-anak boleh membaca buku ini.


Tidak dilupakan kepada orang yang berpangkat besar tetapi anda berasa hairan apabila melihat keseluruhan kewangan anda masih tidak berganda sejak 10 tahun ini.


Semoga ia bermanfaat kepada semua yang membaca.

Video - Video Viral Cikgu Uzairi Berkongsi Pengalaman Mengajar Matematik Yang Viral

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Cabaran bagi seorang cikgu semakin hari semakin hebat. Ini kerana, zaman berubah dan anak-anak kita sekarang memang terdedah dengan teknologi seperti media sosial setiap hari.



Sungguh.


Setiap cikgu perlu menggunakan 1001 cara, teknik atau pendekatan yang berkesan agar proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid-muridnya berjalan dengan lancar dan terbaik.


Untuk, saya cuba kongsikan kepada anda beberapa video viral oleh seorang cikgu matematik yang sedang viral di negara kita sekarang.


Mungkin ia boleh contoh kepada cikgu-cikgu yang lain.


Video - Video Viral Cikgu Uzairi Berkongsi Pengalaman Mengajar Matematik Yang Viral
Cikgu Matematik Viral atau Sir Uzair
Nama cikgu ini adalah Cikgu Uzairi atau Sir Uzairi.


Cara penyampaian dan pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Uzairi dalam mengajar subjek matematik nampak unik dan berkesan.


Beberapa siaran radio sudah panggil beliau untuk temuramah.


Mari kita sama-sama saksikan Video - Video Viral Cikgu Uzairi Berkongsi Pengalaman Mengajar Matematik Yang Viral.


Baca juga: 7 Cara belajar Bahasa Inggeri Sendiri Dalam Masa Satu Hari.

Video - Video Viral Cikgu Uzairi Berkongsi Pengalaman Mengajar Matematik Yang Viral


Video di bawah ini adalah temuramah Cikgu Uzairi dengan DJ ERA.


Beliau berkongsi beberapa cara menyelesaikan masalah matematik dengan mudah seperti darab.




Di bawah ini adalah video yang diambil semasa beliau sedang memberi pengajaran matematik kepada pelajar-pelajarnya.


Pelajar-pelajar nampak ceria dan gembira semasa belajar.





Video ini pula adalah kompilasi cara mudah Skor A Matematik





Cikgu Uzairi siap boleh buat Flip ke belekang lagi tu.


Ini adalah video congak matematik dengan mudah.





Video Congak Sifir 5, 6, 11 dan 12 Cara Mudah




Begitulah beberapa video viral tentang Cikgu Uzairi.


Memang Rezeki sungguh kalau ada pelajar-pelajar yang dapat belajar dengan beliau.


Pendekatan dan teknik belajar beliau merupakan salah-satu kaedah pengajaran berkesan yang boleh dicontohi oleh cikgu-cikgu lain.


Semoga jumpa lagi.

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kepada calon-calon yang berkelayakkan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa anda untuk memohon biasiswa Pendidikan dalam negara  (Universiti Awam tempatan).


Saya dapat maklumat ini daripada laman fanpage Lembaga Zakat Negeri Kedah.


Mari lihat, mungkin anda layak memohon.

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA

TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA
TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) 2018 KINI DIBUKA

Bidang Pengajian (Ijazah Pertama) dan Syarat Kelayakan akademik 


Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan

▪Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf dengannya.

2Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi

▪Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf denganya.
Pengajian Islam / Sains Sosial

▪ Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau sekurang-kurangnya *Jayyid Jiddan* bagi lepasan STAM

Kelayakkan Permohonan?


1- Islam

2- Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.

3- Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup

4- Pelajar tahun pertama pengajian sahaja

5- Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak

6- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

Cara Memohon?


▪ Permohonan secara *online* di laman web zakat kedah di alamat www.zakatkedah.com.my

▪Klik Muat Turun Borang serta klik pada *Biasiswa Pengajian Pelajar Dalam Negara (IPTA)*.

Atau terus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : biasiswa.zakatkedah.com.my

▪Daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.

Peringatan


▪Setiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.


Tarikh Tutup Permohonan?


Permohonan mesti sampai sebelum *31 Oktober 2018.*


 *Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga*


Sebarang persoalan boleh hubungi :


*Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan*

No Telefon : 04-7331740

Alamat :  Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my

📩Email : pendidikan@zakatkedah.com

📲 Facebook : facebook.com/zakatkedah

" Zakat Anda Merubah Asnaf "

Belum cuba, belum tahu. Mungkin Rezeki and. Lebih baik anda mohon sekarang. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu bayar balik selepas tamat belajar kalau menggunakan pinjaman.

Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dua tiga hari ini, antara isu yang paling viral di media sosial ialah isu seorang peninju muslim bernama Khabib Nurmagomedov


Sejujurnya, saya pun baru mengenali beliau setelah berita kemenangan beliau menentang Mc Gregor dalam UFC baru-baru ini tersiar menerusi facebook, twiter, youtube, blog, instagram dan sebagainya.


Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam
Khabib “The Eagle” Nurmagomedov

Zaman sekarang kan mudah. 


Anda boleh search sendiri nama Khabib Nurmagomedov melalui enjin carian google, anda akan lihat sendiri betapa banyak perkongsian yang dibuat oleh netizen tentang beliau. 


Anda boleh tahu latarbelakang Khabib Nurmagomedov dengan cepat. Siapa dia, asal mana, agama apa, bangsa apa dan lain-lain lagi. Semuanya di hujung jari sahaja.


Bahkan sehingga hari ini masih ada video-video terbaru berkisar tentang beliau di youtube yang diupload.


Baiklah.


Antara banyak-banyak video yang saya lihat saya tertarik untuk kongsikan dengan anda Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam.


Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam


Di bawah ini adalah rakaman ucapan khabib nurmagomedov yang dialih bahasa daripada sebuah video yang diupload ke dalam youtube.


Assalamualaikum saudara-saudaraku,


Saya teringat kalian satu tahun setengah dahulu. Jika kalian ingat, saya pernah katakan.


Kalau Allah berkehendak, saya boleh menjadi juara UFC.


Sekarang kita di sini, juara UFC.


Seminggu sebelum perlawanan terbesar dalam sejarah UFC.


Jika Allah mahu, kita akan memenangi pertarungan ini.


Jika Allah bersamamu tiada siapa yang dapat hentikan kamu.


Tiada pasukan Ireland yang dapat tewaskan kamu.


Itu mustahil saudara.


Perkara nombor satu paling penting untuk kita adalah sentiasa berhubung dengan Tuhan.


Tanpa ini, tiada duit, keluarga yang boleh berikan anda sesuatu seperti hubungan dengan Tuhan.


Tidak kira, apa berlaku kepada mu, anda sentiasa perlu solat, merendah diri, fokus dan berhubung dengan Tuhan, ini sangat penting untuk kita.


Sama ada anda juara UFC atau tidak, tidak penting.

 

Melihat video itu tadi, jelaslah betapa tingginya kebergantungan Khabib Nurmagomedov kepada Allah SWT.


Dalam satu artikel yang saya jumpa nama Khabib Nurmagomedov dalam bahasa arabnya Habib Nur Muhammad dan berketurunan ulamak.


Di bawah ini pula adalah video highlights tentang seorang juara dunia Muslim pertama di UFC Khabib “The Eagle” Nurmagomedov.


Subhnallah...Sepanjang 27 perlawanan beliau belum pernah kalah.
 



Saya cukup tertarik bila ucapan "Alhamdulillah" diulang-ulang oleh Khabib sebelum pertandingan dengan Mc Gragor berlangsung.


Satu lagi, beliau sering menunjukkan jari yang mungkin membawa maksud "bukan diri dia, tapi semuanya dari Allah SWT."


Bagi sesetengah orang mungkin memandang hebat kerana beliau seorang peninju bertaraf dunia yang belum kalah.


Namun, bagi saya yang lebih hebat adalah kebergantungan Khabib Numagomedov kepada Allah SWT yang patut kita contohi.


Beliau tetap seorang Muslim biasa yang mungkin ada salah dan silap, tetapi kecintaanya kepada Allah SWT memang susah jumpa.

 

Video Alih Bahasa Melayu Ucapan Khabib Nurmagomedov Selepas Menewaskan Mc Gragor

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera



 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Saya bukanlah taksub sangat dengan Khabib Nurmagomedov, tapi ada perkara penting yang saya belajar daripada pemuda ini.


Dua perkara yang saya belajar dari Khabib Nurmagomedov


1. Dia seorang pemuda yang sangat bergantung dengan Allah SWT dan dia mengajak kita semua umat Islam supaya menjaga hubungan dengan Allah SWT. Anda boleh lihat video ini --->>nasihat Khabib Nurmagomedov.

2. Dia menunjukkan akhlak yang cukup baik. Anda boleh cari video kisah hidupnya bersama keluarga dan kawan-kawan di youtube. Cuba lihat link--->> Anatomy of fighter. Layan juga video-video yang diupload di sini.

Khabib Nurmagomedov
Khabib Nurmagomedov

Walaupun semalam saya telah kongsikan dengan anda tentang nasihat Khabib Nurmagomedov tapi hari ini saya ingin kongsikan lagi apa kata Khabib.


Tajuknya, Video Alih Bahasa Melayu Ucapan Khabib Nurmagomedov Selepas Menewaskan Mc Gragor pula.


Video Alih Bahasa Melayu Ucapan Khabib Nurmagomedov Selepas Menewaskan Mc Grager


Antara petikan ucapan Khabib Nurmagomedov yang saya cuba translate daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu menggunakan gaya saya sendiri.


Jika salah mohon maaf.


Kalau anda kurang faham, anda boleh lihat dan dengar sendiri video ucapan Khabib Nurmagomedov di bawah.

Khabib yang tenang
Khabib yang tenang

Apa khabar semua?


Saya ingin memohon maaf kepada Komisi Olahraga Nevada, Las Vegas, USA.


Saya tahu, ini bukan peribadi saya yang sebenar.


Semua orang berbicara tentang saya melompat dari kurungan (gelanggang pertarungan).


Tapi saya ingin bertanya;


Bagaimana kalau kalian bercakap tentang agama saya (Islam)?


Bercakap tentang ayah saya?


Tentu rasa terluka dan hampir mahu membunuh beberapa orang.


Bagaimana tentang semua itu?


Kenapa semua orang berbicara tentang saya lompat keluar daripada kurungan?


Seperti saya tidak faham.


Saya menghormati kerana Ayah saya mengajarkan kepada saya supaya sentiasa menghormati semuanya.


Selama tujuh tahun saya berlatih di Carlifonia bersama ahli kumpulan. Semua kenal saya. Semua faham tetang saya bagaimana.


Saya ingin memberi tahu kamu, orang ini (Mc Gragor) bersama dengan ahli kumpulannya membuat onar.


Orang panggil dia juara 2 kali tetapi hari ini dia (Mc Gragor) tetapi hari ini menyerah kalah.


Alhamdulillah.


Saya ingin beri tahu anda sesuatu dan berulang kali saya sebut.


MMA perlu berubah.


Ia adalah tentang menghormati.


Ia bukan sukan pengumpulan wang.


Saya sudah beri tahu sebelum ini yang saya mahu ubah pertandingan ini.


Saya tidak mahu masyarakat bercakap tentang musuh, tentang agama atau tentang ayah.


Kamu tidak berhak bercakap tentang agama orang.


Kamu tidak berhak berkcakap tentang negara orang.


Pada saya ia amat penting.


Terima kasih banyak kerana sudi menunggu saya di sini.


Saya tahu, saya akan diajar oleh ayah saya di rumah.


Maafkan saya Dana. Maafkan saya Grager.


Alhamdulillah...tanpa pertikaian saya diberi juara.


Saya sangat berbangga semua media bercerita tentang saya.


Dia ambil gambar saya dengan Putin. Putin baru sahaja telefon saya dan berkata dia sangat berbangga di atas kemenangan saya dan mengucapkan tahniah.


Seperti yang saya cakap sebelum ini, semuanya akan berubah pada 6 Oktober 2018 dan saya berjaya melakukannya.


Alhamdulillah.


Terima kasih semua.





Begitulah ucapan Khabib Nurmagomedov.


Seringkali di ulang-ulang Alhamdulillah. Didoakan beliau terus maju jaya.


Kalau anda perasan sejak akhir-akhir ini ramai atlet sukan yang nampak hebat di mata dunia Allah SWT angkat daripada orang Islam.


Contohnya pemain bola sepak kelab Liverpool Mohamed Salah, pemain bola sepak pasukan Prancis yang memenangi World Cup tahun ini pun ramai orang Islam dan banyak lagi.


Mungkin ada mesej daripada Allah SWT yang kita tidak sedari. Semoga Allah SWT memberi keselamatan, perlindungan dan dimurahkan Rezeki kepada kita semua


Wallahualam.
 

Percuma 10 Contoh Soalan Pandankan Untuk Anak Kecil Anda

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Pernahkah terjadi kepada anda?


Bila ada masa lapang di rumah bersama anak-anak kita tidak tahu apa aktiviti yang mahu dilakukan.


Ya.


Saya memang selalu mengalaminya.


Jadi, saya terpaksa mencari idea untuk membuat apa-apa aktiviti yang boleh menghilangkan perasaan bosan anak-anak bila ada masa lapang di rumah.


Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah dengan mengajak mereka bermain pensil atau pensil warna bersama-sama dengan mereka.


Di bawah ini saya lampirkan 10 contoh soalan padankan yang boleh digunapakai untuk melatih anak-anak kita menggunakan pensil atau pensil warna.


Contoh soalan ini saya ambil daripada website kidsfront. Anda boleh save atau copy dan paste gambar-gambar ini dalam word atau print terus.


Baca juga : Anak Pintar Cerdas

Percuma 10 Contoh Soalan Pandankan Untuk Anak Kecil Anda

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan

 Contoh Soalan Pandankan
 Contoh Soalan Pandankan
Sekali lagi saya ulang.


Anda boleh save atau copy and paste kesemua 10 gambar di atas dan kemudian print untuk diberikan kepada anak kecil anda.


Kalau mahu cantik lagi print guna warna.


Anak kita yang masih kecil dalam umur 3-5 tahun memang suka gambar berwarna.


Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang masih ada anak kecil.

10 Rahsia Blog Denaihati Top Blogger

$
0
0
Denaihati. (DH)

Mula-mula kenal blog DH ingatkan penulisnya wanita.  Rupanya seorang jejaka sado yang punya jiwa nurani yang tulus murni.
.
.

Jika anda baca tulisan-tulisan artikelnya terasa ia karya yang dikarang dari hati, walaupun sekadar sebuah iPhone.

Tak percaya?

Anda boleh terjah sendiri ye...


Berkenalan dari karangan Abang DH, pasti sesiapa yang telah kenal beliau, setuju beliau seorang yang jujur dan suka membantu. 
.
.
.

Ingat lagi, Blog denaihati muncul dicelah-celah merihanya industri bloging seperti cendawan selepas hujan diketika itu. Ramai sangat blogger baru...

dan

Peliknya, blog Denaihati berkembang dengan sangat cepat. Sekejap jer dah menjuarai top ranking.


Respect bro.


Bagi aku DH adalah leader kepada blogger-blogger lain yang nak baru up.  


10 rahsia terpendam kenapa blog Denaihati sangat popular suatu ketika dulu yang ramai orang tak tahu adalah:



1. Hidupkan Untuk Memberi



Pertama sekali, tema blog yang unik "Hidupkan Untuk Memberi".  


Slogan atau tema blog ini adalah visi dan misi yang menjadi matlamat penulis atau penunjuk hala tuju blog supaya tulisanblog sentiasa atas landasan betul sesuai dengan matlamat asal.

Ia dipanggil niche yang menghidupkan roh kenapa sesuatu blog itu diwujudkan.

Senang cerita, tema blog ini sangat perlu supaya blog kita sentiasa dikenali dan dekat dihati pembaca selain memastikan penulisan blog tidak melalut kelaut.

So, DH telah memilih satu tema yang melekat terpikat dijiwa.  

Kata kata falsafah "hidupkan untuk memberi" memaknai seribu maksud sesuai dengan kefahaman pembaca.  Ia menjadi rujukan blogger-blogger dan pembaca yang inginkan ilmu dan maklumat percuma serta tranding.

Sehingga sekarang DH sentiasa memberi.

Denaihati naik cepat kerana membantu, ya membantu ramai blogger.

2. Buku Denaihati


Nah, DH bukan sekadar promosikan blog secara atas talian aje..

Offline pun ditapau...

Kaedah marketing asas yang paling berkesan dan kekal relevan sehingga sekarang adalah buku.  Buku fizikal yang dicetak memberi kesan jangkamasa panjang dalam menyampaikan message-message penting kepada audience.

Denaihati sangat bijak, terbitkan buku fizikal yang menyajikan koleksi artikel-artikel terbaik yang pernah hits dalam blog. 

Saya antara pembaca denaihati yang terawal memiliki buku denaihati suatu ketika dulu.
.
.

Bangga sangat masa tu. hihihi

Harga bukunya murah jer RM39.00.


Tetapi, rasanya ramai yang sedar kemunuculan buku Denaihati ketika itu bukan untuk mengaut untung, 

tetapi


it's marketing bro...

Melalui buku, minda separa sedar pembaca lebih jelas merakam jenama Denaihati.

Bayangkan dari blog kepada buku yang disusun cantik di rak buku dalam rumah.









3. Segmen Blogger blogger baru



Denaihati antara platfom blogger blogger melepak melalui segmen yang dianjurkan sambil berkenalan antara satu sama lain.
.
.

Apa tu segmen?

Segmen ni kira macam penyertaan blogger secara atas talian dengan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Buka suka-suka, blog Denaihati menyediakan pelbagai free gift, give away, hadiah-hadiah percuma dan wang tunai.

Salah satu kelebihan anjurkan segmen adalah, kita akan dapat backlink untuk menaikkan ranking blog.

Itu dulu lah...


Sekarang algorithm google dah lain.


Pening kepala nak study. 



4. Kontest


Banyak sebenarnya kontest yang DH pernah anjurkan. Paling popular adalah kontest SEO (Search Engine Optimization) pasal iPhone.

Apple ketiaka itu sedang rancang melancarkan beberapa model yang ingin menyaingi Samsung.

So, DH mengambil peluang disitu.

Siapa tak mahu, DH tawarkan Hadiah model iPhone paling terkini kot. Bukan sebiji, 10 biji iPhone untuk direbut.

Berbondong bondonglah blogger turut serta dalam kontest iPhone ni.


Maka, 

Carian blog Denaihati di search engine semakin meningkat dengna keyword iPhone.


Respect habis cara DH menjadi topblogger.


Bukan cara tipu, tapi bijak mengambil peluang.  Aku tak terfikir pun masa tu.


Tetap dengan matlmat hidupkan untuk memberi. Nostalgia betul, teringat pagi-pagi tulis artikel pasal iPhone.
.
.

5. Widget Projek Waktu Solat


Aku adalah pengguna blogspot dan menggunakan widget Projek Waktu Solat yang tema DH sediakan.

Widget-widget ni masa tu, kira power la kalau ada blogger yang pasang.


Jadi trending.


DH telah sediakan sesuatu yang berguna dan bermanfaat. Tak adalah membazir masa mengadap blog 24 jam. Kurang-kurang ada apps yang mengingatkan.


Dari situ, banyak backlink yang DH generate secara sehingga google merubah pengiraan matematik mereka.


So, sekali lagi disitu kaedah DH merapatkan ukhwah dan mendapatkan backlink.



6. Team blog power (Jemaah Denaihati)


Rakan pasukan Denaihati sangat power.

Masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri.

Melalui jemaah ini DH boleh bergerak laju. Makna kata, DH tidak buat kerja sorang-sorang. Lambat.


Bila berjemaah, kerja mereka pantas dan result power.

Sorang yang aku kenal sampai sekarang adalah blogger shakiddo.com. Sebab nama owner blogger tu sama dengan nama aku.

Respect mereka semua.  Abang DH pandai develop team.




7. Kelas bina blog guna wordpress (Akademi Denaihati)


DH membantu ramai blogger-blogger yang tak pandai buat blog melalui kelas yang sangat komprehensif.

Dengan bayaran yang berpatutan dan murah, ramai blogger berjaya yang lahir dari Akademi Denaihati.

Selain kelas-kelas biasa, ada juga seminar wordpress yang dianjurkan oleh Team Denaihati.

Bila dah ramai blogger baru yang berjaya tercipta, disitulah credit link memberi kelebihan kepada blog Denaihati.

Nampak tak game plan disitu?
.
.
.

Bila kita tolong orang, automatik kita menolong diri sendiri.



8. Design blog yang sentiasa up to date 




Ini perkara yang paling aku suka.

Design blog Denaihati.

DH suka update blog menggunakan theme yang ringkas dan minimalist.  Sedap mata memandang dan yang penting mudah untuk pembaca navigate. 

Backgroup yang putih dari dulu sampai sekarang membuatkan mata yang membaca tak sakit.

Boleh hadap lama-lama.



9. Tidak kedekut (Ilmu dan Duit)


Banyak betul yang DH dah keluarkan untuk diberi secara percuma kepada pembaca.

Ada hadiah komentar paling banyak bulanan, minggun dan harian.


Aku pernah lah sekali dapat.

DH antara blog yang konsisten memberi wang tunai sebagai hadiah.  


Pepatah mat salleh ada sebutkan "what you give, you get back".


Dalam islam, apa yang aku beri, akan berkembang menjadi 7 ranting seperti pohon.  Lebih kuranglah, aku tak ingat sangat.


Kuncinya, Denaihati cepat berkembang kerana banyak memberi.


kan...

Bukankah "hidupkan untuk memberi"....



10.Program Sepetang Bersama Blogger





Yang terakhir,


Adalah program Sepetang Bersama Blogger.

Program yang menggumpulkan blogger -blogger hebat seluruh malaysia, Brunai dan Indonesia di satu platform.


Kiranya, ia program international peringkat Asia yang dianjurkan team Denaihati.


Program ini sering dinanti-nanti oleh blogger.  Kerana akan ada perkongsian oleh blogger ternama yang mendedahkan rahsia mereka menjana pendapat hanya melalui penulisan blog sahaja.


Dan rahsia-rahsia yang mereka akan kongsikan adalah terkini dan sukar untuk di google.

Program ini merapakat ukhwan dikalangan blogger dan banyak job untuk blogger dikumpulan dalam program ni.

Sebab biasanya, DH akan cari syarikat-syarikat ternama untuk menjadi penaja rasmi blog program Sepetang Bersama Blogger ini.


Antara jenama popular yang pernah menjadi penaja blog Denaihati adalah:

Toshiba
Honda
Intel
LG
Sharp
Yoe's (Paling popluar)
Petronas
MML
Lazada
Dulux
Severfreak




Kesimpulannya,


Bukan sekar 10 ini jer sebenarnya,


Banyak lagi strategi yang telah dilaksakan oleh blogger Denaihati dalam menaik taraf nilai blogger tanah air.


Namun, strategi baru perlu difikirkan bersama bagi menyaingi media media sosial lain yang semakin berkembang teknologinya.


Ia bergantung kepada kita semua, samaada nak mengambil peluang menggunakan media media baru itu, atau kekal dengan cara lama menulis blog dan membiarkan hanyut bersama arus teknologi semasa.


Apa-apa pun,


Harapan semoga kemeriahan blog suatu ketika dulu kembali dihangatkan.


Support Denaihati
Support Kunyithitam


Jom terjah dan line fanpage Denaihati --->>>  FB Page Denaihati


Kedai Online Denaihati --->>>> denaisell

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 Tahun

Mari ajarkan anak-anak anda melakukan aktiviti selain daripada bermain gadjet.


Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Kaver Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun
Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 tahun

Anda boleh dapatkan buku ini dengan klik >> Buku Matematik Awal Latih Tubi Pra Sekolah 6 Tahun 

Buku Matematik Awal Latih Tubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

$
0
0
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

Salah satu cara untuk mengelakkan anak kita bermain gajet semata-mata, kita perlu sediakan aktiviti yang sesuai.

Oleh itu, saya cadangkan kepada anda untuk mengajar anak anda melakukan aktiviti menggunakan buku ini.

Buku Matematik Awal Latih Tubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun




Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun
Buku Matematik Awal - Latihtubi Aktiviti Prasekolah 5 Tahun

Boleh dapatkan buku ini dengan klik link ini >> Buku Matematik Awal  Latihtubi Aktiviti Prasekolah  5 Tahun


Viewing all 152 articles
Browse latest View live